CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7598|Reply: 0

[Negeri Sembilan] 'Demi anak tunggal, Mimi Azila korbankan sebahagian hati'

[Copy link]
Post time 2-8-2024 01:34 PM | Show all posts |Read mode

Putra Aeril Rizqi Khairul Najib bersama ibunya, Mimi Azila Abdul Rahman, 29, dan bapanya, Khairul Najib Khamis, 29. - Foto MOHD KHIDIR ZAKARIA


PORT DICKSON: Pembedahan hati yang didermakan ibu kandung kepada anak tunggalnya yang dijalankan di Hospital Renji Shanghai, China, berjaya direalisasikan baru-baru ini hasil sumbangan orang ramai.

Harian Metro yang membuat liputan bagi mengumpulkan derma orang ramai sebelum ini kerana memerlukan kos sekitar RM185,000 bagi pembedahan hati untuk Putra Aeril Rizqi Khairul Najib, yang baru berusia 2 tahun.

Ibunya, Mimi Azila Abdul Rahman, 29, berkata dia amat terharu dan berterima kasih kepada semua pihak yang membantu urusan mencari dana sehingga dapat mengumpulkan sejumlah wang derma sebanyak RM275,730.69 dalam masa yang singkat.

"Saya dan anak serta suami, Khairul Najib Khamis, 29, terharu dengan keprihatinan rakyat Malaysia yang bermurah hati menderma demi kesihatan anak kami yang menghadapi masalah hati sejak dilahirkan.

"Kami berlepas ke China pada 10 Julai lalu yang dikendalikan Persatuan Biliary Atresia SeMalaysia (BAMA) dengan dibantu Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan (PERKASIH N9)," katanya.

Mimi Azila berkata, dia dan anak selamat menjalani pembedahan pemindahan hati pada 16 Julai lalu di Hospital Renji Shanghai, China.

"Sebanyak 20 peratus organ hati saya dipotong dan dipindahkan kepada anak kami, manakala hati anak yang diberitahu rosak sepenuhnya, dibuang dan digantikan dengan sebahagian dari hati saya.

"Waktu pembedahan bagi saya sebagai penderma adalah selama lima jam, manakala anak kami mengambil masa 9 jam di bilik bedah kerana terdapat lekatan usus yang agak serius dari pembedahan-pembedahan sebelum ini," katanya.

Mimi Azila berkata, dia dan suami amat kagum dengan teknologi yang digunakan di Hospital Renji China kerana amat profesional.

"Ini kerana pembedahan anak kami berjalan dengan lancar tanpa komplikasi yang serius dan saya sebagai penderma juga melalui proses penyembuhan yang cepat tanpa rasa sakit yang teruk kerana saya melalui pembedahan laparoskopik.

"Sebelum ini ada juga rasa tertanya dalam diri, kenapa ia (pembedahan hati) hanya perlu dilakukan di negara China seperti yang dicadangkan dan baru saya tahu sebabnya adalah kerana ia mempunyai teknologi terkini yang dimiliki hospital ini khususnya untuk pembedahan hati," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mimi Azila berkata, dia bersama anaknya yang menjalani pembedahan itu dijangka kembali ke Malaysia minggu ini selepas menunjukkan perkembangan yang sangat positif dari segi proses penyembuhan.


"Bacaan kuning anak kami pun menurun kepada bacaan yang normal, mata dan kulit badannya juga agak cerah, manakala perutnya juga sudah mengecil, tidak lagi kembung besar seperti sebelum ini.


"Alhamdulillah, kami sekeluarga dijangka pulang ke tanah air minggu ini. Kami dinasihati agar menjaga pantang larang dan mengelak berjumpa orang ramai dalam tempoh enam bulan hingga setahun pertama ini bagi mengelakkan jangkitan kuman," katanya gembira dengan tahap kesihatan anaknya itu.

Sebelum ini, Harian Metro menyiarkan artikel bertajuk 'Sanggup tebalkan muka demi nyawa anak' yang disiarkan pada 28 Jun lalu hingga mendapat perhatian banyak pihak termasuk individu hinggakan dapat mengumpulkan dana bagi membolehkan pembedahan itu dapat dijalankan segera.

sumber



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Kundasang tak sejuk lagi, tak nyaman lagi'
ultra78'Kundasang tak sejuk lagi, tak nyama
Views : 4758 Replies : 12
ICC Keluarkan Waran Tangkap Ke Atas Netanyahu
MahathirinaICC Keluarkan Waran Tangkap Ke Atas Neta
Views : 101 Replies : 0
Miss Universe 2024 - Miss Universe Thailand
perrrghhhhMiss Universe 2024 - Miss Universe Thail
Views : 38387 Replies : 151
Rugi RM789 juta
maklukpenggodaRugi RM789 juta
Views : 29916 Replies : 13
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 10960 Replies : 280
Anak Trump: Biden Sengaja Mahu Cetuskan Perang Dunia III Sebelum Bapanya Angkat Sumpah
^CUN_GILA~.Anak Trump: Biden Sengaja Mahu Cetuskan
Views : 12090 Replies : 44
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 227164 Replies : 1787
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 235045 Replies : 6520
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 86911 Replies : 869
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 107664 Replies : 1750

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.628880 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list