CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24103|Reply: 0

Tidak Meminta Maaf, Disabitkan Dengan Jenayah Rogol!

[Copy link]
Post time 29-7-2024 12:01 PM | Show all posts |Read mode


Sorakan boo dan perasaan bercampur-campur berlaku dalam kalangan penonton ketika pemain bola tampar pantai Belanda, Steven van de Velde, yang disabitkan dengan jenayah rogol membuat penampilan pertamanya di Paris 2024.

Bagaimanapun, pasukannya tidak meminta maaf mengenai pembabitan Van de Velde dalam Olimpik, dengan menyatakan 'itu adalah kisah masa lalu' dan perkara berkenaan tidak seharusnya dibangkitkan.

Van de Velde dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun di Britain pada tahun 2016 selepas merogol seorang perempuan berusia 12 tahun.

Dia menghabiskan 13 bulan di penjara - satu tahun di Britain dan satu bulan di Belanda - sebelum dibebaskan di Belanda selepas apa yang dilakukannya diklasifikasikan semula di bawah undang-undang Belanda sebagai kesalahan yang lebih ringan iaitu 'melakukan tindakan tidak senonoh' dan hukumannya dikurangkan.

Van de Velde kembali bersaing dalam bola tampar pantai sejak tahun 2017.

Dia dicemuh beberapa kali semasa perlawanan pada hari ini walaupun terdapat juga tepukan daripada anggota penonton yang lain.

Dalam kalangan penonton, Melissa Gautier, seorang pekerja kesihatan berusia 23 tahun, berkata dia berpendapat Van de Velde tidak sepatutnya berada di situ.

"Menjadi seorang atlet tidak sepatutnya memberikan anda keistimewaan," katanya.

Andrea Syslos, seorang peguam berusia 47 tahun dari Itali, tidak mengetahui mengenai kes itu tetapi apabila diberitahu, dia berkata: "Ini bukanlah perkara yang baik. Keadilan sukan sepatutnya lebih ketat daripada keadilan awam.

"Mungkin dia tidak sepatutnya masih berada di penjara tetapi tidak normal jika dia bermain dalam Olimpik di mana dia sepatutnya menjadi contoh kepada orang lain," tambahnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.059572 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list