View: 31460|Reply: 0
|
Olimpik Paris 2024: Sajjad Tak Layak Bertanding Acara Lelaki
[Copy link]
|
|
Atlet Iraq, Sajjad Sehen kini rasmi menjadi atlet pertama dilarang bertanding dalam acara judo lelaki kategori 81 kg – dalam Sukan Olimpik Paris 2024 – kerana masalah barang terlarang dalam badannya.
Ini selepas dia gagal dalam ujian doping yang diadakan oleh agensi anti-doping antarabangsa baru baru ini. Ujian tersebut prosedur biasa dibuat secara rawak atau bersasar oleh agensi anti doping kepada mana mana atlet di Sukan Olimpik Paris 2024.
Dan seleaps ujian tersebut selesai, mereka mendapati mendapati Sajjad Sehen telah positif mengambil barang terlarang iaitu methandienone dan boldenone yang terkandung dalam darahnya ketika ujian dibuat ke atasnya pada Selasa lalu
Dia sepatutnya bertanding pada Khamis. Namun Sajjad serta merta diarahkan pulang semula ke negaranya, Iraq kerana dia telah dilarang daripada bertanding dalam Sukan Olimpik 2024.
Jawatankuasa Olimpik turut melarang Sajjad daripada terlibat dalam sebarang aktiviti di perkarangan perkampungan Olimpik Paris 2024, sepanjang temasya itu berlangsung. Ini termasuk menjadi rakan latihan atau menjadi jurulatih kepada atlet lain.
Agensi berita antarabangsa mengesahkan perkara itu, dan Sajjad selepas ini akan berdepan dengan hukuman lebih berat kerana kesalahan dilakukannya. Dia berdepan dengan penggantungan seumur hidup daripada sukan judo jika kesalahannya berat.
Buat masa ini masih tidak ada laporan lengkap tentang darjah keseriusan kesalahan Sajjad.
Sajjad Sehen sebelum ini sudah bersedia untuk bertarung dengan judoka dari Uzbekistan dalam acara 81 kg – pada pusingan 32 akhir. Namun akhirnya dia harus akur dengan larangan tersebut.
Ianya tamparan hebat buat Iraq kerana Sajjad adalah prospek pingat untuk negaranya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|