View: 26139|Reply: 1
|
Terletak Jauh 15,715 Kilometer, Acara Luncur Air Olimpik Diadakan Di Perkampungan Kecil Tahiti, Polinesia Perancis!
[Copy link]
|
|
TEMASYA Olimpik Paris 2024 mencatat sejarah apabila salah satu venue pertandingannya terletak sejauh 15,715 kilometer dari bandar tuan rumah.
Menerusi edisi penganjuran kali ini, 48 atlet akan berentap di luar pantai Teahupo'o, sebuah perkampungan kecil di pulau Tahiti, Polinesia Perancis bagi acara luncur air.
Menurut seorang pegawai yang bertugas sempena Olimpik Paris, penganjuran acara luncur air di Pulau Tahiti sejajar dengan hasrat untuk ‘menyebarkan sukan itu ke seluruh Perancis’.
Tahiti, terletak di tengah-tengah Lautan Pasifik, memenangi hak penganjuran meluncur pada tahun 2020, walaupun sukan itu dipertandingkan buat pertama kali dalam Sukan Musim Panas di Sukan Olimpik Tokyo 2021.
Selain itu, acara pelayaran dan perlawanan bola sepak juga akan diadakan di Marseilles dan Bordeaux yang terletak agak jauh dari Paris.
Kali terakhir Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa memilih venue di luar negara tuan rumah ialah ketika Melbourne menganjurkan Sukan Olimpik 1956.
Pada waktu itu, pertandingan berkuda dijalankan di Stockholm, Sweden, jauh dari wilayah Trans-Tasmania. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Begitulah bertuahnya sebagai bekas negara penjajah. Boleh simpan tanah di lokasi jauh dari mainland. Malah tanah tu berlainan iklim lagi. Satu lagi pulau jajahan Perancis adalah New Caledonia, terletak di timur Australia. Dan satu lagi pulau yg ramai pernah dengar adalah pulau Reunion. |
|
|
|
|
|
|
| |
|