CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38984|Reply: 0

[Kedah] Tiga replika nanas gergasi lokasi terbaharu OOTD di Langkawi

[Copy link]
Post time 27-7-2024 05:44 PM | Show all posts |Read mode
Tiga replika nanas gergasi lokasi terbaharu OOTD di Langkawi


Hamzah Osman[email protected]





Tiga replika nanas Moris yang dibina di Tanjung Buta, Langkawi menjadi lokasi baharu bagi pelancong bergambar. FOTO HAMZAH OSMAN





Langkawi: Tiga replika nanas Moris masing-masing berketinggian 1.8 meter yang dibina di Tanjung Buta di sini, menjadi tarikan terbaharu sebagai lokasi bergambar selain sebagai simbol nanas utama ditanam di pulau ini.

Replika diperbuat daripada kayu dan gentian kaca itu dibangunkan oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dengan kerjasama Koperasi Nelayan Sungai Kubang Badak Berhad (KNSKBB).

Pengerusi LPNM Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, nanas Moris ditanam secara meluas di Langkawi dengan peratusan keluasannya mencecah 80 peratus diikuti 20 peratus lagi membabitkan lain-lain jenis.

"Proses menyiapkan tiga replika nanas masing-masing setinggi 1.8 meter dan ukur lilit 0.9 meter itu bagi melambangkan keunikan dan kepentingan nanas di pulau ini mengambil masa sebulan.

"Kewujudan replika bersaiz gergasi di kawasan Geotrail Kubang Badak sudah pasti menjadi lokasi bagi pelancong untuk melaram OOTD (Outfit-Of-The-Day)," katanya ketika ditemui selepas merasmikan replika itu di sini, hari ini.

Perasmian replika nanas itu adalah sebahagian acara sempena Program Jelajah Hari Nanas Malaysia Peringkat Negeri Kedah/Perlis 2024 di Pangkalan Nelayan Sungai Kubang Badak, di sini.

Turut hadir, Ketua Pengarah LPNM Mohd Khairuzamri M Salleh dan Pengarah LPNM Kedah/Perlis Izwan Kasin.

Sementara itu, Sheikh Umar berkata, LPNM menyasarkan untuk meningkatkan keluasan kawasan ladang nanas di Kedah daripada 420 hektar ketika ini kepada 550 hektar menjelang tahun depan.

"Dari 550 hektar yang disasarkan itu, 50 hektar daripadanya adalah keluasan kawasan tanaman nanas di pulau ini, meningkat sebanyak 30 hektar berbanding kawasan tanaman sedia ada.

"Justeru, Langkawi bukan sahaja gah sebagai destinasi pelancongan, bahkan mengorak langkah berkembang sebagai pusat pertanian, khususnya penanaman nanas Moris dengan rasa manis dan tekstur yang baik," katanya.

Beliau berkata, kemajuan dalam penanaman nanas di Langkawi juga berjaya

menawarkan peluang pekerjaan dan meningkatkan ekonomi penduduk tempatan, disamping menarik pelaburan dalam sektor berkenaan.



Disiarkan pada: Julai 27, 2024 @ 4:18pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.038601 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list