CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19399|Reply: 0

[Pulau Pinang] Limpahan air di Komtar, pemeriksaan dan ujian keselamatan lif sedang dijalankan

[Copy link]
Post time 26-7-2024 04:14 PM | Show all posts |Read mode
Limpahan air di Komtar, pemeriksaan dan ujian keselamatan lif sedang dijalankan


Zuhainy Zulkiffli[email protected]




SEBAHAGIAN lif yang dihentikan operasi sementara susulan kejadian limpahan air yang menjejaskan hampir kesemua operasi lif di bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).FOTO Zuhainy Zulkiffli





Georgetown: Pasukan Teknikal PDC Setia Urus Sdn Bhd (PDCSU) dan kontraktor lif sedang bertungkus lumus menjalankan pemeriksaan dan ujian keselamatan pengoperasian ke atas lif yang terjejas supaya kesemuanya dapat beroperasi semula secepat mungkin.

Ia susulan kejadian limpahan air dari bilik tangki tingkat 27, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini, yang berlaku awal pagi tadi menyebabkan sekurang-kurangnya 12 lif dihentikan operasi sementara.

PDCSU dalam kenyataan media berkata, siasatan awal mendapati berlaku 'over flow' (limpahan) dari tangki air berkenaan dan juruteknik PDCSU berjaya menghentikan aliran air keluar.

"Kontraktor lif sudah dipanggil bagi menjalankan pemeriksaan dan siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengesan punca utama kejadian.

"Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri termasuk jabatan dan agensi negeri di bangunan Komtar serta urusan di kaunter beroperasi seperti biasa.

"Bagaimanapun, kelonggaran Bekerja Dari Rumah (BDR) diberi kepada pegawai dan staf yang mengandung serta mempunyai masalah kesihatan," menurut kenyataan itu, hari ini.

Menurut PDCSU, terdahulu kejadian itu dikesan pada jam 3.15 pagi tadi oleh pengawal keselamatan yang bertugas.

Berikutan insiden berkenaan, juruteknik PDCSU mendapati limpahan air memasuki lif di kawasan terbabit.

"Atas faktor keselamatan, pihak pengurusan terpaksa menghentikan operasi lif yang terjejas buat sementara waktu, namun begitu, sebanyak empat lif Zon Rendah (Low Zone) tidak terjejas boleh beroperasi seperti biasa.

"Pada jam 9.30 pagi tadi, satu lif Zon Tengah (Mid Zone) disahkan selamat bagi digunakan orang awam.

"Keadaan adalah terkawal dan sebarang kesulitan amat dikesali," menurut kenyataan itu lagi.

Harian Metro sebelum ini melaporkan insiden berkenaan yang turut tular di media sosial.

Kejadian itu turut menyebabkan urusan harian di bangunan yang menempatkan pejabat kerajaan pusat dan negeri terjejas.



Disiarkan pada: Julai 26, 2024 @ 3:57pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.146984 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list