CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17428|Reply: 0

[Pulau Pinang] Wanita hamil 8 minggu didakwa tipu jual emas, iPhone 15 Pro Max

[Copy link]
Post time 26-7-2024 03:41 PM | Show all posts |Read mode
Wanita hamil 8 minggu didakwa tipu jual emas, iPhone 15 Pro Max


]Nur Izzati Mohamad[email protected]




K BRENDA Priya, (dua dari kiri) dan Aneta Yvette Peter Edward, (dua dari kanan) diiringi anggota polis atas kesalahan secara bersama menipu tiga individu membabitkan penjualan emas dianggarkan 116 gram (g) termasuk satu unit iPhone 15 Pro Max yang keseluruhannya berjumlah RM8,840 didakwa di Mahkamah Bukit Mertajam. FOTO Danial Saad





Bukit Mertajam: Dua wanita termasuk seorang yang sedang hamil lapan minggu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tiga pertuduhan menipu berkaitan penjualan emas dan telefon pintar iPhone 15 Pro Max antara Februari hingga awal Julai lalu.

Tertuduh K Brenda Priya, 24 dan Aneta Yvette Peter Edward, 25, mohon dibicarakan selepas ketiga-tiga pertuduhan itu dibacakan secara bersama di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan.

Mengikut kertas pertuduhan pertama hingga ketiga, mereka berdua secara bersama menipu tiga individu membabitkan penjualan emas dianggarkan 116 gram (g) termasuk satu unit iPhone 15 Pro Max yang keseluruhannya berjumlah RM8,840.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan antara 5 Februari 2024 hingga 9 Julai 2024 di beberapa lokasi berasingan dalam daerah Seberang Perai Tengah.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun, denda dan sebat, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anis Suhada Rosli manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam.

Ketika prosiding, Anis Suhada memohon jaminan dikenakan masing-masing RM10,000 bagi tiga pertuduhan dihadapi kedua-dua tertuduh.

Namun, peguam tertuduh merayu jaminan minimun dengan alasan tiada pendapatan tetap selain salah seorang anak guamnya iaitu Aneta Yvette yang mempunyai suami kurang upaya (OKU) sedang hamil lapan minggu.

Mahkamah kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM9,000 bagi kesemua pertuduhan yang dihadapi dan menetapkan 19 Ogos depan untuk serahan dokumen.

Sementara itu, di mahkamah sama, Brenda Priya turut tidak mengaku salah atas dua pertuduhan berkaitan penjualan emas dan iPhone 15 Pro Max sehingga mangsa mengalami kerugian RM7,190.

Kesalahan ini didakwa dilakukan dalam daerah sama antara 28 Februari 2024 hingga 19 Jun 2024.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 bagi dua pertuduhan yang dihadapi dengan menetapkan tarikh sama seperti pertuduhan pertama hingga ketiga untuk serahan dokumen.



Disiarkan pada: Julai 26, 2024 @ 3:31pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.052213 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list