CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37260|Reply: 0

[Pulau Pinang] JKM cari ibu kandung, waris dua budak perempuan

[Copy link]
Post time 25-7-2024 04:56 PM | Show all posts |Read mode
JKM cari ibu kandung, waris dua budak perempuan

OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN

25 Julai 2024 03:19pm




Nur Radhiyatul (kiri) dan Nur Chong Mei ditinggalkan kepada seorang penjaga.




KEPALA BATAS - Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perai Utara (SPU) mengesan ibu kandung dan waris kepada dua kanak-kanak perempuan.

Kanak-kanak dikenali Nur Chong Mei Kwan Abdullah, 7, dan Nur Radhiyatul Husna Abdullah, 14, menjadi mangsa pengabaian ibu kandung.



Hasil siasatan Pelindung Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah SPU mendapati, ibu kandung kanak-kanak ini dikenali Rosnani Hanifah menyerahkan anaknya kepada seorang penjaga, Rabiatul Adawiyah Harody, 25.

Menurutnya, kanak-kanak itu ditinggalkan kepada penjaga berserta dengan dokumen pengenalan diri dan ibu kandungnya dikatakan kali terakhir berada di Greenfield Blok D Jalan 1/155B, Bukit Jalil 57000 Kuala Lumpur.


Difahamkan ketika itu, ibu kandung hanya mahu menyerahkan anaknya untuk sementara waktu dan akan berpindah serta mencari pekerjaan di sekitar Pulau Pinang.

"Namun hingga kini ibu kandung tidak muncul dan tidak dapat dihubungi. Laporan polis juga telah dibuat oleh penjaga.


"Permohonan pengecualian Seksyen 15(3) Akta Kanak- Kanak 2001 telah diluluskan untuk siaran media," katanya kepada Sinar Harian di sini, pada Khamis.

Waris atau orang ramai yang mengenali ibu kandung kanak-kanak terbabit boleh menghubungi Pelindung Kanak-Kanak Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang,Noor Rabbani Mat @ Mohammed di talian 04-5758715 @ 04 -5758716.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.033950 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list