CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32283|Reply: 0

[Kedah] Kereta terbalik gara-gara elak anjing melintas

[Copy link]
Post time 25-7-2024 02:15 PM | Show all posts |Read mode
Kereta terbalik gara-gara elak anjing melintas

OlehSITI ZUBAIDAH ZAKARAYA

25 Julai 2024 01:48pm




Kereta mangsa yang terbabas sebelum melanggar paip dan terbalik.




SUNGAI PETANI - Gara-gara mengelak seekor anjing melintas, seorang pekerja syarikat penghantar barangan terbabas menyebabkan kereta dipandu terbalik sebelum melanggar paip air sehingga mengakibatkan kebocoran.

Kejadian pada jam kira-kira 6.30 petang Rabu itu berlaku



Menurutnya, kejadian berlaku begitu pantas sehingga menyebabkannya gagal untuk mengelak.

"Mujur... ada (orang ramai) yang bantu keluarkan saya dari kereta," jelasnya ringkas.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, hasil siasatan awal mendapati, mangsa yang bergerak dari arah Taman Batik ke Bandar Amanjaya, gagal mengelak setelah ternampak seekor anjing yang melintas secara tiba-tiba.


Orang ramai turut singgah bagi menyaksikan kejadian.




Menurutnya, kejadian menyebabkan mangsa hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar saluran paip Syarikat Air Darul Aman (SADA).


"Mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.




Dalam pada itu, tinjauan Sinar Harian mendapati kesan pelanggaran turut menyebabkan kebocoran air yang memancut keluar setinggi kira-kira empat meter.

Dalam perkembangan sama, SADA dalam satu kenyataan memaklumkan, dianggarkan 5,500 akaun pengguna terjejas akibat kejadian.

Berdasarkan notis berkenaan, gangguan bekalan air di agihan tangki servis T9A disebabkan kerosakan kekunci angin di atas paip s-bend bersaiz 900mm diameter akibat kemalangan.

"Gangguan bermula 6 petang sehingga kerja-kerja pembaikian dan agihan semula bekalan air selesai.

"Antara terlibat termasuk perumahan di Bukit Banyan, Taman Lembah Permai, Ambangan Heights Zon Mawar, Melor dan Kenanga, Taman SP Saujana, Saujana Permai dan sekitarnya," kata kenyataan berkenaan.

Pengguna yang mempunyai sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Pusat Informasi SADA di talian 1300-88-0017.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.033979 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list