CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29016|Reply: 0

[Kedah] Warga emas maut motosikal ditunggang bertembung lori

[Copy link]
Post time 25-7-2024 12:06 PM | Show all posts |Read mode
Warga emas maut motosikal ditunggang bertembung lori


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Julai 25, 2024 @ 11:31am [email protected]





Seorang warga emas meninggal dunia selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan lori di Jalan Alor Setar-Butterworth malam tadi. - Foto ihsan polis





SUNGAI PETANI: Seorang warga emas maut selepas motosikal ditunggang merempuh lori di Kilometer 45 Jalan Alor Setar-Butterworth (Sungai Toh Pawang), malam tadi.

Mangsa, 63, yang juga pemandu lori meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada kepala dan perut.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam itu, motosikal jenis Honda Wave dipercayai dari arah Sungai Petani menghala Gurun, manakala lori dipandu lelaki berusia 61 tahun dari arah bertentangan.

"Siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan ke arah kanan dan memasuki laluan lori, sebelum berlaku kemalangan.

"Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.225834 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list