CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26696|Reply: 0

[Pulau Pinang] Habis menangis, GRO cuba suap pegawai JIM RM16,000

[Copy link]
Post time 25-7-2024 11:30 AM | Show all posts |Read mode
Habis menangis, GRO cuba suap pegawai JIM RM16,000


Zuhainy Zulkiffli[email protected]




SEBAHAGIAN daripada tiga wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan di sebuah hotel oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang di Jalan Zainal Abidin. FOTO Zuhainy Zulkiffli





Georgetown: Menangis dan merayu dilepaskan, begitu gelagat tiga wanita warga asing yang terbabit dengan aktiviti persundalan ketika ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang, semalam.

Malah ada antara mereka yang cuba beri sogokan wang tunai sebanyak RM16,000 kepada pegawai imigresen supaya dilepaskan.

Pengarah Imigresen Pulau Pinang Nur Zulfa Ibrahim berkata, terdahulu serbuan pada jam 9 malam itu dilakukan hasil maklumat daripada orang awam yang mendakwa terdapat kegiatan sindiket pelacuran warga asing berselindung di hotel berkenaan.

Serbuan yang membabitkan seramai 22 anggota itu menemukan tiga wanita yang disyaki terbabit dengan aktiviti persundalan
"Ketika serbuan, tiga wanita berkenaan ditemukan bersendirian dalam bilik masing-masing dan bersedia menerima pelanggan.




"Semua wanita itu masing-masing berasal dari Thailand, Laos dan Vietnam yang berusia antara 25 hingga 29 tahun," katanya di sini.

Mengulas lanjut Nur Zulfa berkata, didapati masing-masing mereka berada dalam negara ini sejak dua minggu lalu selain ada antara mereka sering keluar masuk negara atas alasan melancong.

Katanya, JIM tidak menolak kemungkinan mereka dijaga ejen sindiket dan memberi layanan kepada orang kenamaan dan ketika tangkapan dibuat, ada antara mereka yang memegang wang tunai melebihi RM16,000.

"Mereka disyaki memberi layanan VIP dengan bayaran kira-kira RM240 bagi sejam perkhidmatan.

"Terdapat ejen tertentu yang mengawal kegiatan mereka menerusi sistem laman sesawang yang dibuat" katanya.

Turut dirampas ialah beberapa telefon bimbit, puluhan kondom termasuk yang sudah digunakan, minyak pelincir, wang tunai, pil perancang dalam tiga bilik wanita berkenaan.

Menurut Nur Zulfa, kesemua tangkapan dibawa ke pejabat imigresen bagi siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63.



Disiarkan pada: Julai 25, 2024 @ 11:07am






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.189814 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list