CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28571|Reply: 0

[Dunia] MP Thailand bimbang papan iklan di Bangkok tawar pasport asing untuk dijual

[Copy link]
Post time 25-7-2024 10:33 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 24-7-2024 06:36 PM


MP Thailand bimbang papan iklan di Bangkok tawar pasport asing untuk dijual

Julai 23, 2024 @ 5:47am




Iklan yang menawarkan pasport dari pelbagai negara untuk dijual dalam pelbagai harga di kawasan Din Daeng dan Huai Khwang di Bangkok. - Foto AGENSI



BANGKOK: Seorang Ahli Parlimen Parti Move Forward, Wiroj Lakkhanaadisorn melahirkan kebimbangan terhadap sebuah papan iklan besar berbahasa Cina yang didakwa menawarkan penjualan pasport asing di kota Bangkok.

Beliau berkata, papan iklan itu yang terletak di persimpangan Din Daeng adalah untuk warga China, yang kebanyakannya menetap atau menjalankan perniagaan di kawasan Din Daeng dan Huai Khwang di Bangkok.

Iklan itu menawarkan pasport dari pelbagai negara untuk dijual dalam pelbagai harga.
Contohnya, 30,000 yuan (RM19,285) untuk pasport Indonesia, 70,000 yuan (RM44,998) untuk pasport Vanuatu dan 150,000 yuan (RM96,425) masing-masing untuk pasport Kemboja dan Turkiye.

Ia mendakwa, pasport terbabit adalah tulen dan proses permohonan mengambil tempoh selama kira-kira 30 hari, dengan jaminan kerahsiaan.
Pembayaran pula boleh dilakukan apabila pasport siap.

Memandangkan papan iklan itu dalam bahasa Cina, Wiroj berkata, kerajaan mahupun pihak berkuasa mungkin 'tidak berminat'.

"Saya ingin beri amaran jika mesej mengenai pasport asing untuk dijual adalah benar, Thailand mungkin menjadi hab bagi kegiatan jenayah transnasional yang mencari pasport asing," katanya.

Beliau mendakwa, melalui pembelian pasport asing itu, penjenayah akan mengambil kesempatan daripada penguatkuasaan imigresen yang lemah, selain merasuah pegawai pihak berkuasa untuk mencari perlindungan dan menjalankan perniagaan tidak sah di Thailand.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Biro Imigresen, Pol Mejar Jeneral Panthana Nutchanart, berkata papan iklan berkenaan tidak menyalahi undang-undang kerana pasport yang ditawarkan untuk dijual bukan warga Thailand.

Dakwanya, 'penjualan pasport adalah perkara biasa di beberapa negara'.
Laporan terkini menunjukkan papan iklan itu sudah dialihkan oleh agensi yang bertanggungjawab untuk memasangnya.

Seorang pegawai agensi pengiklanan tempatan memberitahu Thai PBS, sebuah syarikat di Singapura menghubungi mereka untuk meletakkan papan iklan itu sambil menambah agensi berkenaan tidak menyemak dengan teliti kandungan mesej itu kerana syarikat Singapura terbabit kelihatan seperti boleh dipercayai.

Katanya, memandangkan papan iklan itu menimbulkan kekecohan, agensinya sudah memberitahu syarikat Singapura mengenai papan iklan yang diturunkan itu


https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2024/07/1275154/mp-thailand-bimbang-papan-iklan-di-bangkok-tawar-pasport-asing-untuk



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 12:55 PM GMT+8 , Processed in 0.287621 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list