CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37376|Reply: 1

[Dunia] Iltizam kerajaan Madani noktah miskin tegar tarik minat China

[Copy link]
Post time 24-7-2024 09:04 PM | Show all posts |Read mode
Iltizam kerajaan Madani noktah miskin tegar tarik minat China

https://www.freemalaysiatoday.co ... -tarik-minat-china/

Bernama
24 Jul 2024, 06:38 PM


China berminat mengetahui lebih lanjut tentang usaha kerajaan meningkatkan sosioekonomi golongan B40 menerusi pelbagai program, termasuk kegiatan pertanian dan perikanan. (Gambar Bernama)

China berminat berkongsi pengalaman dan pengetahuan berhubung usaha kerajaan meningkatkan sosioekonomi golongan B40.

KUANTAN: Iltizam dan usaha kerajaan Madani bawah pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk menoktahkan kemiskinan tegar menarik minat China bagi berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka dalam menangani isu berkenaan di negara itu.

Perkara terbabit dinyatakan Pengarah Urusan International Poverty Reduction Center in China (IPRCC) Liu Junwen semasa Lawatan Kerja Delegasi China – Pembasmian Kemiskinan di Malaysia, di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) hari ini.

Beliau berkata, komitmen kerajaan Madani meningkatkan sosioekonomi golongan B40 sekali gus bermatlamat menoktahkan kemiskinan tegar tahun ini menerusi pelbagai program yang telah dan sedang dirangka termasuk kegiatan pertanian dan perikanan, menarik perhatian China untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkara itu.

Tahniah atas usaha bawah visi Malaysia Madani dalam usaha mengeluarkan golongan B40 dalam kategori miskin tegar, ia usaha mengagumkan, katanya yang mengetuai delegasi berkenaan selepas sesi Taklimat Pembangunan Nelayan di LKIM, yang diterjemahkan kepada bahasa Melayu.

Turut hadir, Ketua Pengarah LKIM Hamdan Mamat dan Pengarah Bahagian Kesejahteraan Rakyat (BSR) Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri Mashitah @ Suhailah Suid.

Lawatan kerja selama lima hari bermula 22 Julai lepas membabitkan lima pakar daripada IPRCC dan Beijing Normal University melibatkan beberapa lokasi, iaitu Putrajaya, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang selain Pahang.

Lawatan itu yang diurus setia oleh ICU JPM itu memberi fokus kepada isu berkaitan kemiskinan dan pembangunan kawasan bandar serta luar bandar dengan berkongsi pengalaman dan pengetahuan antara dua negara serta hubungan dua hala dalam isu pembasmian kemiskinan.

Dalam lawatan hari ini di Jeti Nelayan LKIM Sungai Balok, delegasi dibawa melihat usaha kerajaan menerusi LKIM meningkatkan sosioekonomi nelayan B40 menjana pendapatan menerusi Pasar Nelayan yang membantu mereka memasarkan hasil terus kepada pengguna tanpa orang tengah.

Selain itu, mereka juga diberi penerangan berkaitan peranan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menerusi LKIM dalam membantu nelayan melalui program pembangunan industri perikanan, pengurusan dan pemuliharaan sumber perikanan, pemasaran serta bantuan lain.

Lawatan hari ini juga turut membawa delegasi ke Felda Sungai Pancing Selatan (SPS) untuk melihat usaha kerajaan membasmi kemiskinan melalui pelaksanaan projek pembangunan tanah serta aktiviti pertanian menerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Difahamkan, hasil lawatan ini akan dibincangkan dalam sesi rumusan bersama Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi, KPKM, Jabatan Pembangunan Wilayah Persekutuan serta ICU JPM di Kementerian Ekonomi, Putrajaya esok.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2024 08:55 AM | Show all posts
mudah je, mana2 data ekasih yg miskin..bagi duit selama 3 bulan, so dlm tempoh tu rekod miskin tiada dlm data ekasih...bentang pada umum, kata tiada kemiskinan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.125999 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list