CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37547|Reply: 0

[Kedah] Termakan bahan mengandungi mikroplastik, risiko serangan jantung, strok

[Copy link]
Post time 24-7-2024 07:03 PM | Show all posts |Read mode
Termakan bahan mengandungi mikroplastik, risiko serangan jantung, strok

OlehROSLINDA HASHIM

24 Julai 2024 05:25pm




Selain meningkatkan risiko serangan jantung, pendedahan terlalu lama mikroplastik turut meningkatkan serangan strok, keracunan dan masalah pencernaan terhadap manusia. Foto hiasan




ALOR SETAR - Individu yang termakan makanan mengandungi bahan mikroplastik secara berterusan atau tempoh lama boleh menyebabkan risiko kesihatan seperti serangan jantung dan strok.

Pakar Perunding Perubatan Sukan dari Putra Medical Centre, Dr Wan Mohd Asyraf Abd Rauf berkata, pengumpulan bahan tersebut yang kebiasaannya memasuki tubuh tanpa disedari boleh memberi kesan mudarat kepada kesihatan manusia.



Menurutnya, selain meningkatkan risiko serangan jantung, pendedahan terlalu lama mikroplastik turut meningkatkan serangan strok, keracunan dan masalah pencernaan terhadap manusia.

“Mikroplastik adalah partikel kecil plastik berukuran lima milimeter atau kurang.


“Pada tahun 2014, dianggarkan sekitar 15 hingga 51 trilion cebisan mikroplastik berada dalam lautan seluruh dunia. Walaupun kecil, kesan mikroplastik terhadap kesihatan adalah besar,” katanya di sini pada Rabu.

Dr Wan Mohd Asyraf berkata, hidupan lain turut mengalami kesan negatif sekiranya termakan bahan mengandungi mikroplastik seperti pelet plastik makanan ikan.


“Ia sangat membimbangkan komuniti termasuk peniaga yang mungkin masih ramai tidak mengetahui mengenai perkara ini.

“Plastik pelet boleh menyebabkan penyerapan toksin ke dalam ikan, seterusnya menyebabkan toksin tersebut masuk ke dalam ekosistem dan akhirnya kepada diet manusia.” katanya.




Menurutnya, ia juga mengganggu kehidupan marin termasuk kitaran makanan dalam hidupan laut.


Dr Wan Mohd Asyraf




“Sekiranya digunakan secara meluas makanan ikan berasaskan plastik boleh menyebabkan tindak balas kimia dalam badan ikan seterusnya pengumpulan toksin pada saraf ikan serta merencatkan pertumbuhan ikan,” ujarnya.

Dr Wan Mohd Asyraf berkata, sekiranya manusia memakan ikan tersebut yang mengandungi mikroplastik, ia boleh menyebabkan masalah pencernaan kepada manusia.

“Ia juga menjurus kepada masalah keracunan terutama apabila kita makan makanan laut, yang mana keracunan itu bukan disebabkan oleh masalah alga beracun sebaliknya berpunca dari bahan kimia dalam plastik,” jelasnya.

Beliau berharap masyarakat mengurangkan penggunaan plastik dengan mengamalkan perubahan secara sistematik termasuk mengutamakan barangan tahan lama dan boleh dikitar semula.

“Antara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan jejak plastik ialah dengan menggunakan keluli tahan karat atau bekas kaca,” katanya.

Pada awal Julai, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah menyerbu sebuah kilang kitar semula yang disyaki memproses plastik terpakai menjadi pelet makanan ikan di daerah Kuala Muda.

Kilang terbabit dipercayai beroperasi secara haram dengan menjadikan pelet yang dibungkus dalam pek-pek makanan ikan.

Sementara pada Oktober tahun lepas, negara dikejutkan dengan penularan video seorang pengguna di Sabah mendakwa wujudnya beras plastik dalam pasaran.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.036266 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list