CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: ShahGraphixer

Novel : Love Me (U)

[Copy link]
 Author| Post time 9-5-2011 08:39 PM | Show all posts
Tepat jam sembilan malam, Alice sudah terpacak di hadapan Imano. Jam di pergelangan tangannya dikerling sekilas. Mana la si Irsyad ni? Lama betul nak menunggu mamat sorang ni. Memang tak menepati masa langsung. Rungut Alice.

Orang yang lalu lalang di hadapannya sekadar di pandang kosong. Waktu malam-malam macam ni memang ramai la orang yang pergi Plaza Angsana ni. Tengok masing-masing semua jalan bawak pasangan. Sakit mata pun ada. Alice geleng kepala.

Tak pasal-pasal aku buat dosa kering mengutuk orang. Lantak mereka dan keluarga-keluarga mereka la kalau nak keluar berpasangan pun. Apa aku kisah? Alice tersenyum. Memang malam ni dia terlebih emosi. Semuanya kerana fikirkan pasal tempahan tu. Haishh..

Alice mengeluarkan telefon bimbitnya. Sekali lagi jari jemarinya pantas mendail nombor telefon milik Irsyad. Lama betul nak menunggu. Dah mengalahkan orang kenamaan je. Aku tak ada banyak masa nak menunggu orang! Huh! Terkumat-kamit mulut Alice, membebel.

Anak mata Alice mengecil, memandang dua orang pasangan yang baru saja keluar dari sebuah kedai yang berdekatan dengan Imano! Oh my.. Bala bala... Alice berpusing ke belakang. Menyembunyikan wajahnya. Dia menelefon Irsyad pun secara sembunyi-sembunyi.

“Hello Syad.. Cepat la sikit. Kau ni macam nak jumpa artis je nak siap lambat-lambat,” rungut Alice. Beberapa minit kemudian, Alice menutup talian. Dia berpaling ke belakang. Fuhh! Selamat! Alice menarik nafas lega.

Mujur Alice sempat menyembunyikan diri. Memang dia tidak mahu berjumpa dengan makhluk Tuhan yang seorang itu sekarang. Belum nak jumpa. Bukan tak sedia. Biarlah.. Biar masa saja yang menentukan.

“Woit!” sergah Irsyad. Alice tersentak.

“Senget betul. Suka betul main sergah-sergah macam ni. Pressure betul la aku,” Alice mengetap bibir. Irsyad tersengih. Garang pulak tengok muka si Alice ni.

“Rileks.. Jangan marah-marah. Aku lewat sepuluh minit je pun. Itu pun nak marah.. Sabar la.. Gaya macam Perdana Menteri je kau nak cepat..” komen Irsyad. Alice menjeling Irsyad.

“Hish kau ni. Dah la lambat. Banyak mulut. Masuk la cepat. Aku banyak kerja lagi ni. Aku datang dengan Along aku ni,” beritahu Alice tanpa dipinta oleh Irsyad.

“Tak tanya pun kau datang dengan siapa. By the way, mana Along kau? Lama tak jumpa dia,” soal Irsyad. Alice menudingkan jarinya pada kedai pakaian di tingkat bawah. Irsyad mengangguk.

“Tahu je la Along aku. Poloholic. Kalau masuk kedai Polo tu tak bawak keluar barang, memang tak sah.” Irsyad tergelak.

Mereka memilih meja yang terletak di tengah-tengah kafe Imano itu. Semakin lama, semakin ramai pelanggan yang keluar dari restoran. Mungkin juga kerana Plaza Angsana ini sudah mahu tutup. Namun, orang ramai makin berpusu-pusu masuk ke dalam Plaza Angsana ini.

“So.. Apa masalah?” soal Irsyad, menongkat dagu pada meja. Alice memandang menu. Rambutnya yang panjang mengurai dibetulkan.

“Papa kau kalau tak silap aku ada buat printingkan?” soal Alice. Irsyad mengangguk.

“Mama kau kalau tak silap aku ada buat printingkan?” Irsyad kembali menyoal Alice. Alice menarik muncung. Apa la si Irsyad ni ulang balik apa aku cakap. Memang nak kena betul la.

“Ya.. Aku tanya kau ni. Yang kau soal aku balik kenapa?” Alice bengang. Irsyad tertawa. Gurau sikit pun tak boleh la si Alice ni. Semenjak habis sekolah ni dah semacam sikit perangai dia. Dulu kat sekolah boleh je kalau nak gurau-gurau, ni langsung tak boleh! Haish!

Irsyad mengangguk. “Ya.. papa aku ada buat printing.” Alice tersenyum.

“Kad kahwin ada?” Irsyad mengangkat kening. Gaya macam orang terkejut!

“Kau nak kahwin ke Alice?” Irsyad ternganga.

“Apa ke lembab la kawan aku ni.. Aku tanya tu tak semestinya aku yang nak kahwin. Kau ni..” Alice menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Mana la aku tahu. Ingat kau nak kahwin.”

“Senget la kau.” Komen Alice. Perbualan mereka terhenti apabila si pelayan hadir. Alice tak ambil pusing.

“Minum apa cik?” soal pelayan tersebut.

“Fresh orange. Dua.” Pesan Irsyad tanpa angkat muka. Pelayan tersebut mengangguk. Lantas beredar.

Alice menulis sesuatu pada buku kecilnya. Kemudian dia memandang Irsyad. Bermakna Irsyad boleh bantu aku. Senang la sikit nak siapkan semuanya.

“Ni apa yang aku nak. Design dia ada dalam thumbdrive aku ni. Aku nak seribu cetakan. Okey?” Alice memberi arahan. Kening Irsyad terangkat sebelah, dahinya berkerut.

“Bila nak?”

“Bila boleh siapkan?” Alice menyoal. Irsyad mengeluh.

“Paling cepat dua hari.” Alice terdiam. Berjeda seketika.

“Aku nak sehari je siap. Esok kau kasi design tu pada papa kau, kau kasi aku lusa. Boleh?” pinta Alice. Irsyad terkedu. Biar betul? Ingat senang ke?

“Kalau tak boleh siap macam mana weh?”

“Means kau dah tak anggap aku kawan kau.” Senang saja Alice berkata. Irsyad mengetap bibir. Senangnya la si Alice ni cakap. Memang kawan yang suka tengok kawannya sengsara la. Keluh Irsyad.

“Tak kira la macam mana sekali pun. Kau kena kasi aku lusa. Please..” Alice merayu. Irsyad mengangguk. Kasihan pula melihat wajah Alice. Sudah merayu tu. Nak tak nak terpaksa la jugak.

Air minuman yang dipesan sudah tiba. Fokus mereka terhenti seketika.

“Farrel!” tegur Irsyad. Alice mengerutkan dahinya. Siapa pulak yang Irsyad ni tegur? Gaya macam kenal je dengan pelayan ni?

Pelayan yang menghantar minuman itu tersenyum. “Irsyad..”

Semakin hairan Alice. Mereka mengenali antara satu sama lainkah? Sah la tu. Dah siap-siap salam.. Alice sekadar memerhati. Langsung tak berminat untuk menyampuk apa yang sedang dibualkan oleh dua orang lelaki di hadapannya ini. Biar la..

Beberapa minit kemudian, pelayan yang bernama Farrel itu meminta diri. Irsyad senyum saja. Lantas Irsyad kembali memandang Alice yang duduk tercongok menunggunya.

“Sorry Alice. Excited sikit jumpa kawan lama..” ujar Irsyad.

“Yalah.. Aku nak balik dulu ni. Ingat apa aku cakap tu.” Alice meminta diri. Dia lihat Amir sudah menunggunya di luar kafe Imano. Hari pun sudah makin lewat. Irsyad terkedu.

“Takkan merajuk kut Alice?”

“Tak ada masa nak merajuk dengan orang macam kau. Along aku dah tunggu tu. Ingat Syad.. Lusa. By hook or by crook,” Alice mengingatkan lagi. Irsyad mengangguk-angguk. Alice melangkah keluar.

“Alice! Air ni siapa bayar?”

“Kau la bayar..” selamba Alice berkata lantas berjalan dengan pantas.

****
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-5-2011 08:39 PM | Show all posts
“Dah?” soal Amir. Alice mengangguk.

“Along dah?” Amir angguk. Mereka berdua tersenyum.

“Sekarang kusut lagi?” Amir menyoal adiknya. Alice menggeleng. Semuanya sudah selesai! Alhamdulillah! Berjaya juga akhirnya misi mereka berdua! Eh.. berdua? Aku sorang je.. Getus Alice.

“Nak pergi mana ni Along?”

“Balik la.. Mana lagi.” Alice menarik muncung.

“La.. Balik ke?” Amir angguk.

“Dah tu?” pintu kereta lantas dibuka.

“Pusing-pusing Danga jom,” ajak Alice.

“Kerja banyak la. Along ada banyak benda belum siapkan lagi ni,” Amir memberi alasan. Alice mendengus.

“Tak sporting langsung!” komen Alice. Amir tergelak.

“Esok je la ya?” Amir memujuk adiknya itu. Alice diam.

“Fine!” Pintu kereta terus ditutup. Alice duduk berdiam diri sahaja di dalam kereta. Amir tersenyum. Kereta Hyundai Elantra miliknya dipecut laju meninggalkan Plaza Angsana yang makin kurang pengunjungnya itu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 08:39 AM | Show all posts
pun cite tak habis...
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.168486 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list