CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14552|Reply: 0

[Kedah] Tiga penyokong JDT didenda RM100 seorang

[Copy link]
Post time 23-7-2024 12:26 PM | Show all posts |Read mode
Tiga penyokong JDT didenda RM100 seorang


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Julai 23, 2024 @ 12:11pm [email protected]





Tiga penyokong JDT mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Alor Setar atas pertuduhan membakar suar ketika perlawanan antara KDA FC menentang JDT di pekarangan Stadium Darulaman, Jumaat lalu. - Foto NSTP/Zuliaty Zulkiffli





ALOR SETAR: Tiga penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) didenda RM100 seorang selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan membakar suar di pekarangan Stadium Darulaman, Jumaat lalu.

Tertuduh Jalali Hamid, 47, dan Mohd Faizol Mohd Sapian, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Zul Hilmi Latif.

Seorang lagi tertuduh, Mohamad An'naffi Sahid, 34, turut membuat pengakuan sama dalam pertuduhan berasingan di hadapan Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa membakar suar di pekarangan Stadium Darul Aman, kira-kira jam 10.45 malam, selepas perlawanan pusingan pertama Piala FA antara JDT dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), pada 19 Julai lalu.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan pegawai dan anggota polis melihat tertuduh menyalakan suar di tempat letak bas penyokong JDT, berhampiran pekarangan stadium berkenaan.

Tertuduh kemudian diarahkan untuk memadamkan suar itu, sebelum diperiksa dan ditahan untuk tindakan lanjut.

Berikutan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 3(5) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM100 atau dipenjarakan sebulan atau kedua-duanya sekali.

Pertuduhan terhadap mereka dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farhanah Fuad Mohamad Faiz dan J Banusha, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Tasha Farha Mohamad Nizam dan H A Chuah.

Ketiga-tiga mereka didenda RM100 setiap seorang atau penjara 15 hari jika gagal membayar denda berkenaan.

Semua tertuduh membayar denda berkenaan di kaunter Kompleks Mahkamah Alor Setar.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.590709 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list