CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18486|Reply: 0

[Kedah] Koperal dituduh minta, terima rasuah tidak lapor kes dadah

[Copy link]
Post time 22-7-2024 01:11 PM | Show all posts |Read mode
Koperal dituduh minta, terima rasuah tidak lapor kes dadah

OlehWAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR

22 Julai 2024 12:30pm




Tertuduh (dua dari kanan) diiringi pegawai SPRM untuk membayar ikat jamin selepas dituduh di Mahkamah Sesyen Alor Setar, pada Isnin.




ALOR SETAR - Seorang anggota polis berpangkat koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini atas tiga pertuduhan meminta dan menerima rasuah sebagai dorongan untuk tidak melaporkan penahanan individu yang disyaki memiliki dadah dua tahun lalu.

Sazali Lokhman, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan bagi ketiga-tiga pertuduhan selepas dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim N Priscilla Hemamalini, pada Isnin.



Bagi pertuduhan pertama, tertuduh telah didakwa meminta rasuah sebanyak RM40,000 daripada seorang wanita berusia 26 tahun.

Pertuduhan kedua pula, dia didakwa bersetuju menerima RM10,000 daripada wanita yang sama.


Kedua-dua kesalahan dilakukan di dalam sebuah kereta pada 29 November 2022, di Plot Blackwood, Jalan Industri Darulaman 1, Zon Perindustrian Bandar Darul Aman di Kubang Pasu pada jam 2 petang.

Bagi pertuduhan ketiga, Sazali didakwa memperoleh RM9,000 secara rasuah daripada seorang lelaki berusia 30 tahun di Lot 5719, Jalan Langgar di Alor Setar pada 30 November 2022, pada jam 9 malam.


Ketiga-tiga kesalahan tersebut dilakukan tertuduh yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu sebagai dorongan untuk tidak melaporkan penahanan seorang pesalah dadah berusia 29 tahun.

Kesemua pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi apabila disabitkan.




Kes dikendalikan pegawai pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Zulfadli Azharudin manakala tertuduh diwakili peguam, Muhamad Samsul Nizam Sohhimi.

Sebelum mahkamah memutuskan jumlah ikat jamin, Mohd Zulfadli mencadangkan ikat jamin sebanyak RM60,000 bagi ketiga-tiga kes namun Muhamad Samsul Nizam memohon jumlah minimum memandangkan tertuduh memberikan kerjasama baik kepada SPRM.

Mahkamah kemudiannya membenarkan Sazali diikat jamin sebanyak RM20,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan 18 Ogos untuk sebutan semula kes.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.043028 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list