CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 60403|Reply: 0

[Kedah] ATM rampas hampir 1 tan ketum dalam Pajero

[Copy link]
Post time 20-7-2024 09:42 AM | Show all posts |Read mode
ATM rampas hampir 1 tan ketum dalam Pajero


Oleh Noorazura Abdul Rahman - Julai 20, 2024 @ 9:23am [email protected]





Anggota ATM menggagalkan cubaan menyeludup 930 kilogram (kg) daun ketum di sempadan negara di Padang Terap, Kuala Nerang, semalam. - Foto ATM





KUALA NERANG: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggagalkan cubaan menyeludup hampir satu tan daun ketum dianggarkan bernilai RM74,400 di sempadan negara di Padang Terap.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menerusi kenyataan hari ini, berkata daun ketum itu dirampas dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di kawasan hutan sempadan sektor Operasi Benteng Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia pada jam 11.30 pagi semalam.

"Pasukan operasi mengesan sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Pajero dalam keadaan mencurigakan di kawasan hutan di sempadan Malaysia-Thailand.

"Pasukan berkenaan seterusnya cuba untuk menahan kenderaan itu namun apabila menyedari kehadiran anggota bertugas, suspek yang berada di dalam kenderaan bertindak meninggalkan kenderaan dan melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.

"Hasil siasatan mendapati sebanyak 93 bungkusan mengandungi daun ketum dengan berat keseluruhan 930 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM74,400 dalam kenderaan berkenaan," katanya.

Menurut kenyataan itu, semua bungkusan dan kenderaan dengan anggaran nilai keseluruhan sebanyak RM94,400 diserahkan kepada Balai Polis Kuala Nerang untuk tindakan lanjut.

"Pasukan beroperasi sentiasa mengawal sempadan negara dan akan terus memastikan keselamatan sempadan terpelihara," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.033392 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list