CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 63273|Reply: 0

[Kedah] Remaja rebah meninggal dunia, tidak sempat tonton KDA FC lawan JDT

[Copy link]
Post time 20-7-2024 01:41 AM | Show all posts |Read mode
Remaja rebah meninggal dunia, tidak sempat tonton KDA FC lawan JDT


Zuliaty Zulkiffli[email protected]





Remaja lelaki berusia 18 tahun yang rebah diusung petugas Stadium Darulaman ketika hendak menyaksikan perlawanan bola sepak antara KDA FC dan JDT, malam tadi. FOTO IHSAN Pembaca





Alor Setar: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun rebah sebelum meninggal dunia ketika hendak menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC dengan Johor Darul Takzim (JDT), di Stadium Darul Aman, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

Beliau berkata, remaja lelaki itu rebah sewaktu berada di tempat duduk penonton di stadium berkenaan pada jam 7 petang.

"Remaja terbabit datang ke stadium itu bersama adiknya untuk menyaksikan perlawanan bola sepak antara KDA FC dan JDT itu dikatakan rebah dan tidak sedarkan diri sewaktu berada di tempat duduk penonton sebelum perlawanan bermula.

"Orang ramai yang melihat kejadian itu kemudian segera menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang bertugas di stadium untuk membawa remaja berkenaan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk mendapatkan rawatan.

"Sewaktu tiba di Zon Kecemasan HSB, pegawai perubatan kemudian mengesahkan remaja itu sudah pun meninggal dunia.

"Hasil semakan dan temubual terhadap waris mendapati remaja itu adalah seorang pengidap sakit jantung sejak kecil," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Salawati berkata, pihak perubatan HSB juga mengesahkan sebab kematian sebagai "Complex Cyanotic Heart Disease" iaitu berkait sakit jantung yang dihidapi.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kematian remaja tersebut pada jam 8.18 malam.

"Siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian ini dan kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.



Disiarkan pada: Julai 20, 2024 @ 12:59am



[size=0.95]








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.034503 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list