CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 54634|Reply: 0

[Kedah] 'Kalau boleh saya nak jaga dua-dua'

[Copy link]
Post time 19-7-2024 11:25 PM | Show all posts |Read mode
'Kalau boleh saya nak jaga dua-dua'


Noor Hidayah Tanzizi[email protected]





Intan Noraini bersama ibu bapa angkat, Saharrudin Mohammad dan Kartinah Jaafar. FOTO Ihsan Intan Noraini





Alor Setar: "Ibu serta ayah adalah ibu bapa angkat tetapi bagi saya mereka seperti keluarga kandung dan kalau diikutkan hati saya mahu menjaga kedua-duanya sekali tetapi keadaan tidak mengizinkan dan sudah takdir-Nya kami sekeluarga tidak boleh bersama macam dulu," kata Intan Noraini Selamat.

Ibu bapa angkat Intan Noraini, 21, iaitu Saharrudin Mohammad, 59, dan Kartinah Jaafar, 64, kini sudah berpisah sejak lebih setahun lalu.

Intan Noraini sebelum ini mendapat perhatian netizen di TikTok selepas berkongsi videonya menjaga Saharrudin yang juga pesakit angin ahmar dan lumpuh sebelah badan bahagian kanan di rumah keluarga di Felda Palong 3, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Dia kini menjaga Kartinah yang ketika ini juga kurang sihat dan mempunyai penyakit tiga serangkai serta tidak berdaya berjalan di Alor Setar, di sini.

Berkongsi cerita, Intan Noraini berkata, ibu bapa angkatnya tidak mempunyai anak dan menjaga dua anak angkat termasuk dirinya sejak kecil.

"Ibu dan ayah jaga saya sejak berusia dua bulan, manakala abang angkat pula sejak usia sehari dan kami dilayan seperti anak sendiri. Selepas berpisah, ibu dan ayah pulang ke kampung dan saya pula pulang ke kampung untuk menjaga ayah.

"Ketika itu saya sudah bekerja di Cheras dan berhenti kerja untuk jaga ayah kerana keadaannya ketika itu kurang baik sebelum saya dapat berita ibu pula tidak sihat dan kebetulan saya dapat peluang kerja di Alor Setar," katanya ketika dihubungi, di sini.

Menurutnya, dengan keizinan ibu saudara dan bapa angkat dia pulang ke kampung meski hatinya berat meninggalkan lelaki itu.

"Ayah menangis ketika saya minta izin untuk pulang tetapi dia faham kerana saya juga perlu jaga dan bekerja. Walaupun jarak kami jauh tetapi saya kerap menghubungi keluarga ayah untuk bertanya khabar selain beri ada juga beri belanja untuknya.

"Saya dan abang akan pulang melawat ayah ketika cuti cuma buat saya ada kekangan masa dan wang, malah saya juga tiada kenderaan hanya bergantung dengan pengangkutan awam, manakala abang pula kekangan kerja tetapi kami tak pernah lupa ayah," katanya.

Berhubung perkongsiannya, Intan Noraini berkata, video itu dirakam untuk kenangannya kerana sedih dia tidak dapat memberi kesenangan kepada ibu bapa kerana tidak bekerja ketika itu.

"Saya ada keluarga kandung dan ayah kandung juga selalu pesan walau apa berlaku dia tak bagi saya tinggalkan mereka kerana ayah dan ibu angkat yang jaga saya sejak kecil dan saya juga tahu tanggungjawab itu." katanya bersyukur sudah dapat mengirim wang belanja untuk bapa angkatnya.



Disiarkan pada: Julai 19, 2024 @ 11:14pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.032477 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list