CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26346|Reply: 0

[Pulau Pinang] Polis kesan wanita ganggu pengguna jalan raya

[Copy link]
Post time 19-7-2024 06:34 PM | Show all posts |Read mode
Polis kesan wanita ganggu pengguna jalan raya

OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN

19 Julai 2024 04:45pm








Aksi seorang wanita yang dikesan menggangu pengguna jalan raya di Jalan Penang. Gambar kecil: Razlam




GEORGE TOWN - Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian seorang wanita yang mengganggu pengguna jalan raya seperti video tular di laman sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, semakan mendapati kejadian berkenaan berlaku di Jalan Penang, namun sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian terbabit.


"Kita ingin memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian berkenaan agar menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.
"Polis ingin menasihati orang ramai agar berkelakuan sopan di tempat awam serta tidak mengganggu ketenteraman orang ramai," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sebelum ini tular video seorang wanita yang memakai baju belang dan berkaca mata hitam kelihatan mengganggu beberapa pengguna jalan raya di hadapan Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang dekat sini.

Video berdurasi 53 saat itu turut memaparkan aksi wanita berkenaan seolah-olah menari di tengah jalan raya sehingga mengganggu ketenteraman orang ramai.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.057466 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list