CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25753|Reply: 0

[Johor] JAJ terima laporan polis berkaitan ajaran sesat Millah Abraham

[Copy link]
Post time 18-7-2024 09:32 AM | Show all posts |Read mode

MOHD Fared (kanan) meninjau peralatan menjahit di Pusat Kemahiran Menjahit Majlis Agama Islam Johor ( MAIJ), di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang hari ini. FOTO Mary Victoria Dass


Pasir Gudang: Jabatan Agama Islam Johor (JAJ) mengesahkan menerima laporan polis berkaitan ajaran sesat Millah Abraham di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khaled berkata, pihaknya turut mendapat taklimat daripada cawangan khas Bukit Aman berhubung perkara terbabit.

Beliau berkata, kerajaan negeri menerusi agensi agamanya sentiasa peka dan tidak pernah leka mengenai cubaan penyebaran ajaran sesat di negeri ini.

"Kita sudah tahu pergerakan mereka dan kita juga ambil maklum mereka cuba memasuki negeri ini, tetapi yakinlah kepada kepimpinan di bawah portfolio agama ini dengan seluruh kekuatan JAJ.

"Kita akan membasmi ajaran sesat ini yang cuba menyelewengkan, kita akan pastikan mereka tidak akan bertapak di Johor," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pusat Kemahiran Menjahit Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ), di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Nasri Md Ali dan Penasihat MAIJ, DatukNooh Gadut.

Mohd Fared berkata, pergerakan pengikut Millah Abraham ini sudah dalam pemantauan dan JAJ akan pastikan ia akan dapat dipatahkan dan tidak berjaya menyebarkan ajaran sesat ini.


Beliau berkata, perkara yang menjadi kebimbangan pihaknya adalah penyebaran ajaran sesat ini di sosial media.

"Ini yang perlu kita kekang dan kesedaran orang awam adalah lebih penting.

"Nasihat saya benda yang pelik-pelik ini kita tinggalkan," katanya.

Rabu lalu, tiga beranak dipercayai pengikut ajaran sesat Millah Abraham ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dalam serbuan di dua rumah di Sungai Kelamah, Gemas dan Palong 3, Jempol.

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah menyatakan hasil siasatan awal mendapati, mereka juga dipercayai cuba menyebarkan ajaran terbabit kepada ahli keluarga dan masyarakat di negeri ini.

Ajaran ini difatwakan haram pada tahun 2019 oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.047457 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list