CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27924|Reply: 0

[Pulau Pinang] 28 pelajar keracunan makanan selepas makan ayam tandoori

[Copy link]
Post time 17-7-2024 09:28 PM | Show all posts |Read mode
28 pelajar keracunan makanan selepas makan ayam tandoori

17 Julai 2024 09:06pm








Semua pelajar dirujuk ke Hospital Pulau Pinang dan sudah dibenarkan pulang semalam selepas keadaan mereka stabil. Foto hiasan




GEORGE TOWN - Seramai 28 pelajar sebuah sekolah menengah di sini menerima rawatan kerana disyaki keracunan makanan dalam kejadian pada Jumaat lepas.

Kesemua mereka dikatakan mengalami gejala keracunan selepas makan ayam tandoori goreng yang dihidangkan sebagai menu tengah hari di kantin asrama sekolah berkenaan.



Exco Belia dan Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi Zi Sen berkata, kesemua pelajar tersebut dirujuk ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan sudah dibenarkan pulang semalam selepas keadaan mereka stabil.

"Sebanyak 496 pelajar dan dua warden yang makan hidangan tersebut telah terdedah dengan keracunan tetapi hanya 28 pelajar mengalami gejala. Kesemua mereka sudah dibenarkan pulang semalam dan tidak perlu lagi dirujuk untuk rawatan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.

Terdahulu, media melaporkan 496 pelajar dan dua warden di sekolah itu jatuh sakit selepas makan tengah hari di kantin tersebut pada Jumaat lepas dengan 30 mengalami gejala keracunan menerima rawatan di HPP dan Klinik Kesihatan Penaga.

Mengulas mengenai jumlah itu, Daniel berkata, terdapat sedikit kesilapan fakta kerana yang terlibat hanyalah 28 orang dan tiada pelajar yang dirujuk di klinik kesihatan tetapi hanya HPP kerana kejadian berlaku dalam Daerah Timur Laut manakala klinik terbabit terletak di Daerah Seberang Perai Utara.

Beliau turut memberitahu, pihaknya sedang mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kes itu termasuk kumpulan pelajar yang terlibat.

Daniel juga menasihatkan semua pengendali makanan di negeri ini supaya sentiasa berwaspada dan mengambil berat aspek kebersihan ketika mengendalikan makanan yang dihidangkan.


Terdahulu, Jabatan Kesihatan Pulau Pinang memaklumkan siasatan masih diteruskan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Menurut jabatan itu, dapur kantin asrama tersebut telah ditutup di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan sampel makanan, sampel pengendali serta sampel persekitaran juga telah diambil untuk tujuan analisis di makmal. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:17 AM GMT+8 , Processed in 0.030114 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list