CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22194|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tiada keperluan tukar nama George Town kepada Tanjung Penaga

[Copy link]
Post time 17-7-2024 11:36 AM | Show all posts |Read mode
Tiada keperluan tukar nama George Town kepada Tanjung Penaga

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

17 Julai 2024 11:19am








George Town telah dimasukkan secara rasmi ke dalam senarai UNESCO pada 7 Julai 2008.Gambar hiasan




GEORGE TOWN - Tiada keperluan untuk kerajaan negeri Pulau Pinang mengubah nama George Town kepada Tanjung Penaga.

Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Wong Hon Wai berkata, perkara itu tidak perlu dijadikan isu dan tidak perlu dipersoalkan.



"Nama Tanjong sebenarnya telah lama masuk ke Dewan Rakyat sebagai nama kawasan Parlimen.

"Oleh itu, tiada isu penukaran nama yang timbul," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Hon Wai berkata demikian bagi mengulas desakan Ketua Penerangan Pas Pulau Pinang, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan yang mempersoalkan kerajaan negeri berhubung pertimbangan semula nama George Town kepada nama asalnya iaitu Tanjung Penaga.

Persoalan itu ditimbulkan Muhammad Fawwaz dalam kenyataannya berhubung klip video mempromosikan sambutan 'George Town Festival 2024' yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.

Dalam kenyataannya itu, Muhammad Fawwaz meminta kerajaan negeri mempertimbangkan semula nama asal George Town kepada Tanjung Penaga sebagai lambang identiti Malaysia itu sendiri.

Dalam pada itu, Hon Wai berkata, George Town telah dimasukkan secara rasmi ke dalam senarai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 7 Julai 2008.




"George Town juga diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai destinasi pelancongan terkenal di Malaysia yang telah menarik pelancong dari seluruh dunia," tambahnya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.035321 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list