CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21868|Reply: 0

[Kedah] Keropok beracun: Reman pemilik kebun disambung dua hari

[Copy link]
Post time 16-7-2024 12:54 PM | Show all posts |Read mode
Keropok beracun: Reman pemilik kebun disambung dua hari

OlehSITI ZUBAIDAH ZAKARAYA

16 Julai 2024 12:19pm




Perintah reman disambung selama dua hari bagi membantu siasatan membabitkan kematian dua beradik yang meninggal dunia dipercayai akibat makan keropok beracun.



KULIM - Tempoh tahanan reman terhadap seorang lelaki yang dipercayai pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun, minggu lalu.


Sebelum ini, perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 33 tahun itu telah dibenarkan selama enam hari bermula Khamis.




Ia bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta 611 pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan iaitu kelakuan cuai berkenaan benda beracun.

Dalam perkembangan sama, Sinar Harian sebelum ini melaporkan penahanan reman dibuat bagi membolehkan siasatan terhadap kes kematian dua beradik selepas disyaki makan keropok beracun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar di sini.


Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian, 3, dilaporkan meninggal dunia pada Rabu manakala adiknya, Muhammad Luth, 2, menghembuskan nafas terakhir dua hari kemudian.

Dalam kejadian Ahad lalu, kedua-dua mangsa dilaporkan telah mengambil keropok disyaki bercampur racun tikus yang digantung di pagar dawai besi kebun, terletak kira-kira 50 meter dari rumah mereka.


Perbuatan itu dilakukan pemilik kebun dipercayai bagi tujuan menghalau haiwan liar yang berkeliaran dan mengganggu tanaman yang diusahakan.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.032707 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list