CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45346|Reply: 0

[Kedah] CEO Batu terlibat kemalangan, terima lebih 20 jahitan

[Copy link]
Post time 14-7-2024 11:47 AM | Show all posts |Read mode
CEO Batu terlibat kemalangan, terima lebih 20 jahitan

OlehNURUL HIDAYAH HAMID

14 Julai 2024 11:19am








CEO Batu menerima lebih 20 jahitan selepas terlibat dalam kemalangan di Sungai Petani.




SUNGAI PETANI - Pempengaruh terkenal dikenali sebagai CEO Batu dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di susur keluar Sungai Petani di sini pada awal pagi Sabtu.

Berita berkenaan dikongsikan di platform X menerusi akaun 'Sungai Petani' memaparkan keadaan pempengaruh itu ketika menerima rawatan di hospital selepas kemalangan itu.



Menerusi perkongsian tersebut, lelaki itu terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke Alor Setar.

"Ceo Batu kemalangan apabila ada sebuah kenderaan secara tiba-tiba menukar haluan dan melanggarnya.

"Beliau dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.Cedera di bahagian tangan, patah gigi hadapan dan menerima lebih 20 jahitan di bahagian kepala," menurut perkongsian itu.

Bagaimanapun, keadaan CEO Batu dilaporkan stabil dan sudah mampu kembali berjalan.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.178117 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list