CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 58045|Reply: 0

[Perlis] Peraturan penjualan rokok elektronik dijangka dilaksana dalam masa terdekat

[Copy link]
Post time 13-7-2024 04:15 PM | Show all posts |Read mode
Peraturan penjualan rokok elektronik dijangka dilaksana dalam masa terdekat

13 Julai 2024 03:39pm








Dr Dzulkefly menyampaikan ucapan pada majlis perasmian Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat dan Karnival Perlis Hebat di UTC Perlis pada Sabtu. Foto Bernama




KANGAR - Peraturan dan perintah larangan berkaitan penjualan produk rokok elektronik atau vape termasuk melalui mesin layan diri dijangka dilaksanakan dalam masa terdekat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihak Jabatan Peguam Negara kini sedang di peringkat akhir penelitian berhubung perkara berkenaan.



"Insya-ALLAH, sejurus Jabatan Peguam Negara mengesahkan, kita akan terus laksanakan dari segi peraturan dan perintah ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dan Karnival Perlis Hebat: Sihat Milik Semua di sini pada Sabtu.

Majlis perasmian itu disempurnakan Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.



Tuanku Syed Faizuddin (kiri) berkenan meletakkan kelopak bunga raya sebagai gimik majlis perasmian Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat dan Karnival Perlis Hebat di UTC Perlis pada Sabtu. Foto Bernama





Turut berangkat, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Dalam satu kenyataan semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) memandang serius aduan berkaitan penjualan rokok elektronik atau vape menerusi mesin layan diri yang tular di Aplikasi X pada Rabu lepas.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis perasmian berkenaan, Dr Dzulkefly berkata, Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) tahun lepas mendedahkan status kesihatan rakyat di negara ini membimbangkan khususnya bagi penyakit tidak berjangkit (NCD).




Beliau berkata, 29.2 peratus atau satu daripada tiga dewasa di Malaysia menghidap penyakit darah tinggi manakala 33.3 peratus atau satu daripada tiga dewasa pula menghidap penyakit kolesterol tinggi.

"Sebanyak 15.6 peratus atau satu daripada enam dewasa menghidap kencing manis dan 54.4 peratus rakyat Malaysia (atau satu dalam dua) mengalami berlebihan berat badan yang menunjukkan trend peningkatan berbanding tinjauan 2011, 2015 dan 2019,” katanya.

Justeru, katanya, ANMS merupakan inisiatif kerajaan bagi meningkatkan taraf kesihatan dengan matlamat utama menjadikan rakyat Malaysia sihat sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.040597 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list