CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4733|Reply: 0

[Kedah] Pemaju ladang hutan di Gunung Bongsu diarah tutup tanah terdedah elak hakisan

[Copy link]
Post time 12-7-2024 12:06 PM | Show all posts |Read mode
Pemaju ladang hutan di Gunung Bongsu diarah tutup tanah terdedah elak hakisan


Oleh Noorazura Abdul Rahman - Julai 12, 2024 @ 11:21am [email protected]





Kerja penebangan pokok yang sedang dilaksanakan di kawasan Hutan Simpan Gunung Bongsu, dipercayai untuk laluan pembalakan, menimbulkan kebimbangan penduduk di 16 kampung sekitar kaki gunung itu. - Foto ihsan penduduk





ALOR SETAR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) sudah mengeluarkan arahan kepada pemaju projek ladang hutan di Gunung Bongsu, Kulim supaya menutup tanah yang terdedah, sekali gus mengurangkan hakisan di kawasan berkenaan.

Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata arahan itu antaranya meletakkan lebih banyak batu kasar atau 'crusher run' di jalan akses sebagai langkah kawalan awal.

Katanya, penggerak projek perlu memahami sensitiviti masyarakat dan mematuhi segala keperluan perundangan yang ditetapkan, termasuk perlu mendapatkan kelulusan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) serta Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) sebelum melaksanakan kerja fizikal di lapangan.

"Penggerak projek juga diingatkan untuk sentiasa mematuhi syarat-syarat kelulusan Laporan EIA, termasuk melaksanakan apa-apa langkah kawalan yang perlu.

"Sebarang pembangunan akan datang, jika kelulusan EIA berjaya diperoleh, ia juga akan mensyaratkan supaya kerja-kerja dibuat secara berfasa bagi mengelak pembersihan kawasan secara besar-besaran," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Selasa lalu, BH melaporkan kerja penebangan pokok yang sedang dilaksanakan di kawasan Hutan Simpan Gunung Bongsu, dipercayai untuk laluan pembalakan, menimbulkan kebimbangan penduduk di 16 kampung sekitar kaki gunung itu.

Sharifah Zakiah berkata, kegagalan untuk mematuhi syarat kelulusan berkenaan boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 34A(8), Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024 dan dikenakan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan boleh juga denda maksimum RM1 juta jika sabit kesalahan.

Beliau berkata, JAS sentiasa memandang serius keperluan kajian EIA serta isu pematuhan kepada syarat-syarat kelulusan laporan penilaian itu.

"Oleh itu lawatan berkala serta siasatan sentiasa dilakukan dari masa ke semasa untuk memantau aktiviti ditapak," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, berdasarkan lawatan siasatan terkini JAS Kedah di tapak, termasuk pemantauan menggunakan dron, didapati tiada kerja pembalakan dan aktiviti ladang hutan dijalankan di kompartmen 15, 42 dan 43, Hutan Simpan Gunung Bongsu.

"Pasukan penyiasat JAS juga Kedah hanya dapat sampai ke sempadan kompartmen 15 melalui jalan sedia ada di kompartmen 44 (tiada laluan lain selepas itu)," jelas beliau.

Sharifah Zakiah berkata, kerja penanaman pokok hutan juga selesai bagi projek ladang hutan di kompartmen 44, 45 dan 46 di gunung berkenaan.

Katanya, bagi projek pengkuarian bahan batuan di Lot PT 68, kompartmen 28 dan 29, penggerak projek sudah dimaklumkan bahawa kelulusan EIA sudah tamat dan tidak dibenarkan membuat sebarang aktiviti.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.397270 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list