CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23408|Reply: 1

[Pulau Pinang] Wanita mati dalam kereta ke Pulau Pinang untuk bercuti

[Copy link]
Post time 11-7-2024 04:48 PM | Show all posts |Read mode
Wanita mati dalam kereta ke Pulau Pinang untuk bercuti

OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN

11 Julai 2024 03:20pm








Jenazah dibawa pulang ke kediaman di Seremban, Negeri Sembilan sebelum dikebumikan.




BUKIT MERTAJAM - Dua mayat wanita ditemui dalam keadaan kembung dan berbau busuk di dalam sebuah kereta di Taman Sri Rambai di sini pada petang Rabu merupakan rakan karib yang datang ke Pulau Pinang untuk bercuti.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, kehilangan kedua-dua wanita berusia 30 dan 25 tahun itu disedari keluarga mereka sebelum laporan polis dibuat pada 5 Julai lalu.



Menurutnya, hasil siasatan polis di tempat kejadian tidak menemui sebarang senjata dan peralatan lain yang boleh mengaitkan dengan unsur jenayah.

"Mayat kedua-dua wanita berkenaan telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk tujuan bedah siasat.

"Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya menerusi satu kenyataan di sini, pada Khamis.

Sebelum ini media melaporkan dua mayat wanita ditemui dalam keadaan sudah kembung dan berbau busuk di dalam sebuah kereta di tepi jalan berhampiran taman perumahan di Taman Sri Rambai, Bukit Mertajam.

Mayat berkenaan ditemui orang awam yang melalui kawasan tersebut kira-kira jam 5.30 petang sebelum melaporkannya kepada pihak berkuasa.
Difahamkan, dua wanita itu berkemungkinan sudah meninggal dunia lebih lima hari susulan mayat mereka sudah kembung dan berbau busuk.

Turut ditemui adalah nombor telefon yang dipercayai milik ahli keluarga salah seorang mangsa yang diletakkan di bahagian papan pemuka (dashboard) kereta terbabit.

Kedua-dua mangsa dipercayai berasal dari Negeri Sembilan dan datang ke Pulau Pinang untuk bercuti.

Sementara itu tinjauan di HSJ mendapati jenazah kedua-dua wanita itu sudah dituntut ahli keluarga pada jam 2 petang selepas proses bedah siasat selesai dijalankan.

Difahamkan, jenazah akan dibawa pulang ke kediaman di Seremban, Negeri Sembilan sebelum dikebumikan.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-7-2024 05:06 PM | Show all posts
[TERKINI] Dua wanita maut dalam kereta akibat lemas terhidu gas helium


Nur Izzati Mohamad[email protected]





POLIS mengangkat mayat dua wanita yang ditemukan dalam kereta. FOTO Nur Izzati Mohamad





Bukit Mertajam: Polis mengesahkan punca kematian dua wanita yang ditemukan meninggal dunia dalam kereta di Jalan Tembikai, di sini, semalam lemas akibat terhidu gas helium.

Ia berdasarkan laporan bedah siasat yang dijalankan di Unit ForensikHospital Seberang JayaHSJ), di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Helmi Aris, berkata terdahulu polis menerima maklumat awam berhubung terdapat dua individu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah kenderaan.

"Hasil siasatan polis mendapati kedua-dua mangsa adalah warga tempatan berusia 25 dan 30 tahun.

"Ketika ditemui kedua-dua mereka terbaring dalam kereta terbabit dan disyaki sudah meninggal dunia.

"Semasa pemeriksaan di lokasi kejadian tidak menemui sebarang senjata atau peralatan lain yang mengaitkan unsur jenayah," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya, kedua-dua mangsa adalah rakan karib dan laporan kehilangan mereka dibuat oleh ahli keluarga pada 5 Julai lalu.

Menurutnya, kes diklasifikan sebagai mati mengejut (SDR).



Disiarkan pada: Julai 11, 2024 @ 4:38pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.036230 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list