CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10783|Reply: 1

[Perlis] Disangkakan lemas, rupanya sembunyi di rumah

[Copy link]
Post time 11-7-2024 08:17 AM | Show all posts |Read mode
Disangkakan lemas, rupanya sembunyi di rumah


BERNAMA



LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.




Kangar: Seorang kru bot nelayan yang dikhuatiri lemas selepas bertindak terjun ke laut ketika operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ditemukan selamat di rumahnya di Kuala Sungai Baru, Simpang Empat dekat Kuala Perlis, hari ini.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain berkata lelaki berusia 42 tahun itu ditahan pada 12.15 tengah hari ketika sedang bersembunyi di dalam rumahnya.

Beliau berkata isteri lelaki terbabit pada awalnya memaklumkan suaminya tiada di rumah.

"Hasil soal siasat mendapati suspek bertindak terjun ke laut bagi mengelak diberkas penguat kuasa APMM kerana terlibat dengan penagihan dadah," katanya dalam kenyataan malam ini.

Lelaki terbabit dilapor bertindak terjun ke laut semasa APMM cuba menahan bot berkenaan di kedudukan 4.1 batu nautika barat muara Kuala Kedah kira-kira 9.50 malam semalam.

Pasukan APMM menghampiri bot nelayan berkenaan yang dilihat berada dalam keadaan mencurigakan dan disyaki melakukan aktiviti menangguk siput.



Disiarkan pada: Julai 10, 2024 @ 11:48pm






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2024 01:57 PM | Show all posts
Menyusahkan org aje, padan muka mesti kena sesah teruk2 kat dalam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.114361 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list