"Saya juga tidak dapat menjalani rawatan kemoterapi selagi tidak menjalani PET Scan kerana tidak dapat mengenalpasti tahap baharu kanser saya.
"PET Scan dijangka memakan kos RM2,500," katanya ketika ditemui di Taman Pelangi di sini, hari ini.
Norfarahain berkata, dia bersyukur kerana Nur Ailessya Balqis, 14; anak bongsu, Nur Ailessya Rania, 11 dan anak saudara yang berada di bawah jagaannya, Seri Mawar Md Zin, 9, memahami keadaan keluarga.
"Mereka tidak pernah meminta saya membelikan barangan dikehendaki selain kami hanya memakan makanan sederhana kerana lebih mengutamakan perbelanjaan persekolahan serta perubatan saya.
"Suami saya yang bekerja sebagai anggota tentera juga pernah berusaha bagi memohon pinjaman dari bank bagi membiayai kos perubatan saya namun gagal," katanya.
Norfarahain juga menerima sumbangan barangan daripada Pasaraya Econsave Cash And Carry.
Pengurus Besar Pasaraya Econsave, Mas Imran Adam berkata, pihaknya menyalurkan susu khas serta barangan dapur bagi kegunaan keluarga berkenaan.
"Kami menyalurkan sumbangan bernilai RM1,000 bagi meringankan beban keluarga berkenaan.
"Diharap Norfarahain sembuh dan mampu bebas daripada kanser," katanya.
Semalam akhbar Harian Metro mendedahkan penderitaan Norfarahain yang kerap sesak nafas hingga bergantung kepada bantuan oksigen selepas gagal membeli suntikan pembroluzumab.
Norfarahain didiagnos menghidap kanser limfoma peringkat awal pada Ogos 2022 dan sel kansernya kembali aktif pada Jun tahun lalu dan sudah mencecah tahap dua.
Dia didapati memiliki ketumbuhan sebesar 12 sentimeter di paru-paru hingga mengganggu sistem pernafasan.
Orang ramai yang ingin membantu Norfarahain boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Maybank miliknya di 162786154316.