CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5117|Reply: 0

[Kedah] Daftar segera SKDS 2.0 elak terlepas tuntutan pembelian diesel - Fuziah

[Copy link]
Post time 28-6-2024 07:32 PM | Show all posts |Read mode
Daftar segera SKDS 2.0 elak terlepas tuntutan pembelian diesel - Fuziah

28 Jun 2024 05:32pm








Fuziah Salleh. Foto Bernama




KULIM - Pemilik kira-kira 175,000 kenderaan barangan yang belum mendaftar di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 digesa segera berbuat demikian.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, sekiranya pendaftaran dilakukan selepas 30 Jun ini, mereka tidak layak membuat tuntutan pembelian diesel yang dilakukan bagi tempoh 10 Jun lepas hingga akhir bulan ini.



"Ketika ini kenderaan yang layak ada lebih kurang 410,000 kenderaan tapi yang berdaftar di bawah SKDS baru 234,000 kenderaan, jadi maksudnya lebih kurang 175,000 kenderaan masih belum berdaftar untuk mendapatkan Fleet Card Diesel,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari Terbuka SKDS 2.0 dan Karnival Kepenggunaan Negeri Kedah di sebuah pasar raya di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, pendaftaran SKDS 2.0 masih diteruskan selepas 30 Jun ini dan bagi membantu pemilik kenderaan yang layak mendaftarkan kenderaan masing-masing, kementeriannya telah menganjurkan program Hari Terbuka SKDS 2.0 agar mereka tidak terlepas daripada mendapat manfaat itu.

Ditanya berhubung dakwaan peningkatan harga bahan binaan susulan penyasaran subsidi diesel, Fuziah mengingatkan syarikat dalam sektor berkenaan agar berhati-hati menaikkan harga dan tidak mengambil kesempatan.

Beliau berkata, sekiranya syarikat terbabit menggunakan kenderaan barangan yang layak mendapat Fleet Card Diesel, mereka tidak sepatutnya menaikan harga kerana mereka memperoleh subsidi.

"Jadi maksudnya bukan semua barang-barang pembinaan ini termasuk dalam kategori yang boleh naik harga, sebab itu saya kata jangan ambil kesempatan,” katanya sambil menegaskan KPDN tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 terhadap kenaikan harga yang tidak wajar. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 09:02 AM GMT+8 , Processed in 0.038625 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list