CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6930|Reply: 0

[Perlis] Tidak isytihar RM65,000, pengusaha restoran ditahan

[Copy link]
Post time 28-6-2024 05:05 PM | Show all posts |Read mode
Tidak isytihar RM65,000, pengusaha restoran ditahan


Aizat Sharif[email protected]





GAMBAR hiasan





Kangar: Seorang pengusaha restoran ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Daerah Padang Besar kerana didapati gagal mengisytiharkan wang yang dibawa bernilai RM65,160 dalam beg galasnya ketika memasuki negara ini Isnin lalu.

Kejadian berlaku pada jam 2.40 petang ketika wanita berusia 47 tahun itu baharu tiba di Laluan Import, Unit Khas Pemeriksaan Penumpang (UKPP) di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQs) Padang Besar selepas bercuti di Hatyai, Thailand.

Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim berkata, wanita tempatan itu menggalas beg berwarna kelabu dan baharu tiba di negara ini dengan menggunakan van pelancong.

"Apabila beg galasnya itu disaring pada mesin pengimbas bagasi, anggota yang bertugas ternampak objek mencurigakan dalam beg suspek dan apabila diperiksa, terdapat pelbagai matawang Malaysia yang disyaki melebihi 10,000 US Dolar (RM47,173) yang sepatutnya diikrarkan menerusi borang kastam ketika memasuki negara ini.

"Siasatan awal kita mendapati wanita berkenaan adalah seorang pengusaha restoran di Ipoh dan dia sememangnya sering keluar dan masuk ke Thailand atas tujuan perniagaan dan bercuti.

"Malah, wanita itu mengakui sudah beberapa kali dia keluar dan masuk ke ke negara ini membawa matawang negara melebihi had tanpa mengisytiharkan kepada kastam terlebih dulu," katanya hari ini.

Katanya, suspek memberi alasan tidak tahu untuk sepatutnya mengisytiharkan sebarang matawang melebihi 10,000 USD ketika memasuki negara ini.

"Kita merampas wang berkenaan dan wanita itu kemudian dibebaskan dengan jaminan kita," katanya.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(a) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 29B Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3 juta atau penjara bagi tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.



Disiarkan pada: Jun 28, 2024 @ 4:19pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.033548 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list