CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4871|Reply: 0

[Kedah] Bekas jurufoto hidap Parkinson terima sumbangan Tabung Kasih@Hawana

[Copy link]
Post time 22-6-2024 06:25 PM | Show all posts |Read mode
Bekas jurufoto hidap Parkinson terima sumbangan Tabung Kasih@Hawana


Bernama - Jun 22, 2024 @ 6:03pm



Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malysia (BERNAMA), Nur-ul Afida Kamaludin menyampaikan bantuan Tabung Kasih@HAWANA kepada bekas jurufoto akhbar The Star, Asri Abdul Ghani, 55, yang kini menghidap masalah Parkinson. Foto BERNAMA




SUNGAI PETANI: Bekas jurufoto akhbar The Star, Asri Abdul Ghani, 55, yang menghidap Parkinson melahirkan rasa terharu apabila menerima sumbangan Tabung Kasih@HAWANA, hari ini.

Asri berkata, beliau tidak menyangka apabila turut tersenarai sebagai penerima sumbangan itu yang sebelum ini hanya mendengar mengenai bantuan berkenaan menerusi media.

"Saya memang tidak sangka apabila dihubungi pihak Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia) yang memberitahu bahawa HAWANA ingin menyampaikan sumbangan … saya sangat terharu dan berterima kasih atas sumbangan ini.

"Semoga Tabung Kasih@HAWANA akan terus membantu lebih ramai pengamal media khususnya yang memerlukan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Laguna Merbok, di sini hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Bernama, Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang Bernama, Arul Rajoo Durar Raj mengunjungi Asri di kediamannya bagi menyampaikan sumbangan itu.

Menceritakan mengenai keadaan kesihatannya, Asri yang bertugas sebagai jurufoto The Star antara 1999 hingga 2018, dikesan menghidap Parkinson sebaik sahaja menamatkan perkhidmatan dengan akhbar itu pada 2019.

Bapa kepada dua anak itu berkata, sejak menghidap penyakit terbabit, pergerakan dan kawalan anggota tubuhnya sukar dan terganggu serta perlu mengambil ubat khas untuk membantunya menjalani kehidupan seharian.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana masih mampu menguruskan dirinya sendiri, selain turut dibantu oleh isteri Asmidar Awang, 53, yang juga guru di sebuah sekolah, di sini.

Dalam pada itu, Asri turut menasihati pengamal media agar sentiasa peka dengan tahap kesihatan masing-masing, menjaga pemakanan dan memiliki pelan insurans kesihatan sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan.

"Kerja media memerlukan kita selalu berkejar ke sana sini, perlu pantas sehingga makan pun tak menentu dan tak sempat nak jaga kesihatan, jadi cuba bagi masa pada diri sendiri agar kesihatan tidak terganggu," katanya.

Asri adalah antara 110 rakan media yang menerima manfaat daripada Tabung Kasih @HAWANA yang menjadi inisiatif Kementerian Komunikasi yang dilaksanakan menerusi Bernama, sejak ia diperkenalkan pada April tahun lalu.

Selain wang tunai, mereka turut menerima sumbangan barangan daripada Syarikat Pakaian Hari-Hari dan pasar raya Aeon Big.

Tabung Kasih@HAWANA yang diwujudkan bersempena dengan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 bertujuan menyantuni wartawan dan petugas media, sama ada yang masih dalam perkhidmatan mahupun sudah bersara, yang keuzuran atau memerlukan bantuan. – BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.078052 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list