CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6483|Reply: 0

[Kedah] Sertai BRICS tak ubah 'pendirian neutral' Malaysia - Lih Kang

[Copy link]
Post time 22-6-2024 05:16 PM | Show all posts |Read mode
Sertai BRICS tak ubah 'pendirian neutral' Malaysia - Lih Kang


Oleh Noorazura Abdul Rahman - Jun 22, 2024 @ 5:06pm[email protected]





Lih Kang (dua dari kanan) menyaksikan pertukaran perjanjian persefahaman kepada rakan kolaborasi pada majlis Pra-Peluncuran Industri Technology Innovation Centre (ITIC) di MIMOS Kulim Hi-Tech Park. - NSTP/ WAN NABIL NASIR





KULIM: Hasrat Malaysia menyertai organisasi antara kerajaan, BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan) tidak akan menjejaskan sektor elektrik dan elektronik (E&E) negara.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata ini berikutan negara mengambil sikap berkecuali susulan kemelut antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Sebaliknya, beliau berkata, penyertaan Malaysia dalam BRICS akan meluaskan pasaran selain memberi banyak manfaat terutama terhadap penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam sektor E&E.

"Kita masih mengekalkan 'neutrality' (pendirian neutral)... permintaan untuk sertai BRICS adalah untuk manfaat bersama sebab BRICS ada sembilan negara, merangkumi 45 peratus populasi dunia.

"Ini satu pasaran yang sangat besar dan kita harap dapat peluang untuk akses ke dalam pasaran ini.

"Saya tak lihat menyertai BRICS sebagai menukar pendirian dalam bersikap neutral kerana kita masih neutral, tetapi (tujuan kita) sertai BRICS untuk dapat manfaat ekonomi," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pusat Inovasi Teknologi Industri (ITIC), Konsortium Penyelidikan Semikonduktor dan Akademi MIMOS di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Lih Kang berkata penyertaan dalam BRICS hanyalah salah satu penyertaan dalam platform multilateral selain Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dan sebagainya.

"Bukan sahaja Malaysia, tetapi banyak negara turut berminat menyertai BRICS termasuklah Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi," katanya.

Mengulas pelancaran ITIC, beliau berkata ia menandakan satu pencapaian besar dalam kemajuan industri teknologi.

"ITIC terdiri empat pusat masing-masing dikendalikan agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) iaitu MIMOS yang memberi tumpuan kepada sektor E&E, MRANTI (teknologi dron dan robotik); MIGHT (teknologi bandar pintar) dan MYSA (teknologi angkasa).

"Pelancaran hari ini mencerminkan komitmen MOSTI dalam mewujudkan sebuah ekosistem teknologi semikonduktor bagi memacu kedudukan Malaysia dalam sektor E&E di peringkat global," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.134438 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list