CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6435|Reply: 0

[Kedah] Penghantar makanan maut, tak sempat elak kereta terbabas

[Copy link]
Post time 22-6-2024 04:12 PM | Show all posts |Read mode
Penghantar makanan maut, tak sempat elak kereta terbabas


Zuliaty Zulkiffli[email protected]




Kemalangan maut yang membabitkan motosikal yang ditunggangi penghantar makanan dan sebuah kereta Proton Iswara di Jalan Persiaran Aman Jaya 2. FOTO IHSAN PDRM





Sungai Petani: Seorang penghantar makanan p-hailing maut selepas motosikal yang ditungganginya dilanggar sebuah kereta Proton Iswara di Jalan Persiaran Aman Jaya 2, di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, Muhammad Hasmadi Jamil, 24, yang menunggang motosikal Honda EX-5 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan itu pada jam 10 pagi berhampiran Kolej Vokasional Sungai Petani 1 yang membabitkan sebuah motosikal dengan sebuah kereta.

Beliau berkata, arah perjalanan kereta yang dipandu wanita berusia 26 tahun itu adalah dari Taman Seroja menghala ke Jalan Alor Setar - Butterworth manakala motosikal mangsa dari arah bertentangan.

"Hasil siasatan awal mendapati, kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu wanita itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan.

"Motosikal yang ditunggangi mangsa yang datang dari arah bertentangan pula tidak sempat mengelak kemudian melanggar bahagian sisi sebelah kiri kereta terbabit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Azharuddin berkata, akibat kemalangan itu, kereta dan motosikal terbabit terbabas ke bahu jalan sebelah kanan.

Beliau berkata, penunggang motosikal itu mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Wanita yang juga jurujual kedai buku itu mengalami kecederaan pada tangan dan kepala dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk rawatan lanjut.

"Mayat penunggang motosikal itu kemudian dibawa ke Jabatan Forensik HSAH untuk proses bedah siasat," katanya.

Wan Azharuddin berkata, kes Seksyen Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Katanya, penunggang motosikal itu beralamat di Flat Paya Nahu, di sini.



Disiarkan pada: Jun 22, 2024 @ 3:25pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.146178 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list