CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6432|Reply: 0

[Kedah] ATM tahan 10 PATI di kebun getah

[Copy link]
Post time 22-6-2024 12:33 PM | Show all posts |Read mode
ATM tahan 10 PATI di kebun getah


Oleh Noorazura Abdul Rahman - Jun 22, 2024 @ 11:58am [email protected]




Angkatan Tentera Malaysia menahan 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar yang cuba memasuki negara melalui laluan haram di sempadan Malaysia-Thailand di sini, semalam. NSTP/Noorazura Abdul Rahman





BUKIT KAYU HITAM: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menahan 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar yang cuba memasuki negara melalui laluan haram di sempadan Malaysia-Thailand di sini, semalam.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, kesemua PATI itu dikesan di kawasan bawah Sektor Op Benteng Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd) kira-kira jam 3.40 petang.

"Pasukan beroperasi yang sedang melaksanakan rondaan telah mengesan dan menahan sekumpulan orang awam dalam keadaan mencurigakan di kawasan kebun getah di sempadan Malaysia-Thailand.

"Hasil pemeriksaan mendapati kesemua 10 orang awam terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga wanita berusia antara 21 hingga 49 tahun adalah warganegara Myanmar dan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah. Mereka cuba masuk ke Malaysia melalui laluan haram di sempadan," katanya.

Menurut kenyataan itu, turut dirampas enam telefon bimbit, 12 beg, satu pasport palsu dan wang tunai dalam mata wang Thailand dan Myanmar dengan anggaran nilai keseluruhan sebanyak RM3,326.

Kesemua PATI berkenaan kemudian diserahkan kepada Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan lanjut.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.033487 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list