CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7757|Reply: 0

[Kedah] Lelaki terselamat walaupun kereta dipandu terjunam ke dalam gaung

[Copy link]
Post time 22-6-2024 09:47 AM | Show all posts |Read mode
Lelaki terselamat walaupun kereta dipandu terjunam ke dalam gaung


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Jun 22, 2024 @ 9:02am [email protected]





Kereta yang dipandu lelaki terjatuh ke gaung sedalam kira-kira 120m selepas terbabas ketika menuruni bukit di Kampung Kemangi, Jalan Baru Kulim-Baling-Gerik. NSTP/Ihsan PDRM





BALING: Seorang lelaki terselamat walaupun selepas kereta dipandunya terjatuh ke gaung sedalam kira-kira 120 meter (m) di Kampung Kemangi, Jalan Baru Kulim-Baling-Gerik, petang semalam.

Mangsa, Ismail Rasdi, 26, hanya cedera ringan dengan luka bercalar pada bahu kanan, luka pada kaki kiri, tangan kanan dan kiri serta sakit pada badan.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat, berkata dalam kejadian jam 5.30 petang itu, Ismail yang juga pembantu kesihatan awam di Pejabat Kesihatan Baling dihantar ke Hospital Baling, untuk rawatan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, kereta dipandu mangsa datang dari arah Kelantan menghala ke rumahnya di Taman Bersatu, di sini.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta yang dipandunya dipercayai hilang kawalan ketika melalui jalan menurun bukit dan keadaan jalan basah serta berselekoh menyebabkan kereta itu terbabas sendiri dan melanggar penghadang besi di sebelah kiri jalan sebelum terjatuh ke dalam gaung.

"Keadaan kereta itu sukar dilihat pada waktu itu kerana kedudukannya jauh ke bawah gaung antara 100m hingga 120m.

"Mangsa kemudian ditemui tidak lama kemudian dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Shamsudin berkata, kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59.

Katanya, semakan dengan Bomba Baling mendapati tiada kesan minyak di lokasi kemalangan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Mat Daud, berkata sepasukan lapan anggota dari BBP Baling yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Yunus Ali digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 5.40 petang.

"Sebaik tiba di situ, mangsa tidak tersepit dan anggota bomba berjaya membawanya naik dengan menggunakan tali sebelum dibawa ke Hospital Baling untuk mendapatkan rawatan," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.386159 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list