CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6250|Reply: 0

[Kedah] Kampung Iboi terbiar selepas banjir puing

[Copy link]
Post time 21-6-2024 11:52 AM | Show all posts |Read mode
Kampung Iboi terbiar selepas banjir puing


Oleh Safuri Kamarudin - Jun 21, 2024 @ 11:24am  [email protected]





Kawasan sekitar Kampung Iboi, Kupang sunyi selepas tragedi banjir puing dua tahun lalu. - Foto NSTP/SAFURI KAMARUDIN





BALING: Penduduk di Kampung Iboi dan Kampung Padang Empang, Kupang serta kampung berhampiran yang dilanda banjir puing dua tahun lalu meminta kerajaan supaya meneruskan pembangunan untuk rakyat di kawasan itu.

Penduduk mendakwa, mereka kini hidup tidak menentu selepas kejadian itu dan sukar mencari rezeki kerana banyak harta benda yang rosak, termasuk pertanian dan penternakan turut musnah.

Azizan Aziz, 54, merayu kerajaan perlu meneruskan pembangunan di kampung itu kerana penduduk hidup dalam kebimbangan selepas peristiwa ngeri berkenaan.

Katanya, selepas peristiwa itu kawasan tebing Sungai Kupang yang dahulunya meriah dan ramai peniaga kini sunyi sepi kerana tidak ada pembangunan yang dibangunkan di kawasan itu.

"Kawasan yang dilanda banjir sunyi sepi dan tidak meriah seperti dulu lagi, malah suara penduduk di sini perlu di dengar dan peristiwa sedih yang berlaku sehingga meragut nyawa rakyat yang tidak berdosa," katanya ketika ditemui.

Beliau berkata, sekiranya hujan lebat dan berlaku banjir tidak mustahil Jambatan Bailey akan runtuh kerana berlaku hakisan tebing.

"Struktur Jambatan Bailey tidak kukuh lagi dan hanya dilalui kenderaan kecil," katanya.

Seorang lagi penduduk, Abdul Malik Arshad, 60, berkata kebanyakkan penduduk di situ hidup tidak selesa kerana setiap kali berlaku banjir, air akan melimpah ke penempatan mereka.

Beliau berkata, kehidupan penduduk Kampung Iboi, Padang Empang dan kampung berhampiran tidak seperti dulu selepas tragedi 4 Julai 2022 lalu.

"Keadaan kampung tidak tersusun lagi dan Sungai Kupang kerap melimpah apabila hujan serta berlaku banjir.

"Malah, aliran Sungai Kupang dari Lata Chelak tidak teratur dan keruh setiap masa serta penuh dengan sampah sarap dan bongkah kayu," katanya.

Dalam tragedi berkenaan, tiga nyawa terkorban akibat banjir puing.

Tinjauan mendapati, kawasan pinggir Sungai Kupang sunyi sepi selepas kejadian banjir puing dan berbeza seperti sebelumnya dengan ramai penduduk berniaga kecil-kecilan di kawasan itu.

Malah, Jambatan Bailey juga kelihatan usang dan hanya dilalui oleh kenderaan ringan.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.037998 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list