CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6511|Reply: 0

[Pulau Pinang] Gagal buat pusingan U, pemandu van tersepit dalam nahas tiga kenderaan

[Copy link]
Post time 21-6-2024 11:08 AM | Show all posts |Read mode
Gagal buat pusingan U, pemandu van tersepit dalam nahas tiga kenderaan


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Jun 21, 2024 @ 10:40am  [email protected]





Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan membabitkan van kilang, bas kilang dan motosikal di Jalan Bukit Lama, Kampung Genting, Balik Pulau. - Foto ihsan JBPM





BALIK PULAU: Akibat buat pusingan U sesuka hati, sebuah van kilang merempuh bas kilang di Jalan Bukit Lama, Kampung Genting, hari ini.

Akibatnya, penunggang motosikal dari arah sama dikatakan gagal memberhentikan kenderaannya lalu merempuh van kilang berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau, Mohd Faris Mansor, berkata pihaknya terima panggilan kejadian jam 5.44 pagi.

"Kemalangan membabitkan van kilang dengan bas kilang dan motosikal jenis Yamaha LC135.

"Pemandu van didapati tersepit di bahagian tempat duduk manakala penunggang motosikal cedera ringan," katanya dihubungi hari ini.



Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan membabitkan van kilang, bas kilang dan motosikal di Jalan Bukit Lama, Kampung Genting, Balik Pulau. - Foto ihsan JBPM


Pemandu van dan penunggang motosikal yang masing-masing berusia 30-an dan 21 tahun diberi rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

"Pemandu van yang menghala ke Balik Pulau itu dikatakan membuat pusingan U di kawasan yang tidak sepatutnya sebelum merempuh bahagian belakang bas kilang yang menghala ke Bayan Lepas.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.118312 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list