CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2047|Reply: 0

[Kedah] Dua pengunjung Lata Bayu dijangkiti kencing tikus stabil

[Copy link]
Post time 19-6-2024 03:21 PM | Show all posts |Read mode
Dua pengunjung Lata Bayu dijangkiti kencing tikus stabil

OlehNURUL HIDAYAH HAMID

19 Jun 2024 02:39pm




Taman Eko Rimba Lata Bayu, Baling ditutup sementara waktu sejak 17 Jun lepas




ALOR SETAR – Dua pengunjung yang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital di Kedah akibat dijangkiti penyakit kencing tikus ketika berkunjung ke Taman Eko Rimba Lata Bayu, Baling, di sini, dilaporkan stabil.

Exco Kesihatan, Perumahan, Kerajaan Tempatan Kedah, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, pihaknya juga tidak menerima maklumat tentang mangsa baharu setakat ini.



Beliau berkata, pengunjung yang mengunjungi pusat peranginan dan mempunyai simptom penyakit tersebut dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik dan hospital berhampiran.

"Pengunjung telah berkunjung di Lata Bayu dinasihatkan untuk berbuat sedemikian demi menyelamatkan nyawa mereka.

"Mana-mana pengunjung berhasrat ke kawasan terbabit diminta tidak melakukannya memandangkan Lata Bayu ditutup sementara waktu sejak 17 Jun lepas," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Beliau memaklumkan, sampel air di kawasan terbabit telah diambil pihak Jabatan Kesihatan Negeri Kedah pada Selasa untuk siasatan lanjut.


Notis penutupan sementara Taman Eko Rimba Lata Bayu, Baling.




Sehubungan itu, katanya, Lata Bayu ditutup sementara sehingga satu tarikh dimaklumkan kelak.


Mansor menambah, buat masa ini pihaknya juga tidak menerima laporan kes jangkitan kencing tikus di kawasan pusat peranginan lain di sekitar negeri ini.

Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan Taman Eko Rimba Lata Bayu di Baling ditutup sementara selepas dua pengunjung disyaki dijangkiti penyakit kencing tikus selepas berkunjung ke pusat peranginan itu.

Pegawai Daerah Baling, Yazlan Sunardie Che Yahaya berkata, kes jangkitan melibatkan dua mangsa dirawat di ICU sebuah hospital di Kedah itu dilaporkan Pejabat Kesihatan Daerah Baling.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan, Jabatan Perhutanan Kedah mengeluarkan arahan penutupan sementara bagi siasatan kes dan aktiviti pencegahan seterusnya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.062864 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list