CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5834|Reply: 1

[Kedah] Tahan sakit hampir sejam jari tersepit pada basikal

[Copy link]
Post time 19-6-2024 01:11 AM | Show all posts |Read mode
Tahan sakit hampir sejam jari tersepit pada basikal


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Jun 18, 2024 @ 9:28pm [email protected]




Anggota bomba menenangkan kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang kesakitan selepas jari telunjuk tangan kanannya tersepit pada celahan gegancu basikal. - NSTP/Ihsan Bomba





SIK: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun menahan sakit hampir sejam apabila jari telunjuk tangan kanannya tersepit pada celahan gegancu (spoket) basikal di hadapan rumahnya di Kampung Baru, Jalan Chemara, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.07 malam.

Beliau berkata, menurut ibu mangsa, ketika kejadian anaknya sedang bermain basikal di halaman rumah mereka dan cuba membetulkan gear hadapan basikal itu sebelum tersepit pada gegancu basikal berkenaan.

"Pada mulanya mereka cuba menggunakan minyak masak dan gamat untuk cuba mengeluarkan jari mangsa namun gagal sebelum menghubungi pasukan bomba.

"Sepasukan anggota dari BBP Sik yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Soffuan Sabry bersama enam anggota tiba di lokasi melakukan operasi untuk menanggalkan jari kanak-kanak lelaki itu dengan menggunakan peralatan khas yang mengambil masa kira-kira lima minit.

"Jari kanak-kanak itu akhirnya berjaya dikeluarkan tanpa sebarang kecederaan serius," katanya ketika dihubungi hari ini.

Zulkhairi berkata, anggotanya kemudian memberikan rawatan awal kecemasan kepada mangsa dengan menggerakkan jarinya serta mencuci sisa minyak rantai sebelum diserahkan pada keluarga.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2024 02:43 PM | Show all posts
Pengalaman yang mengerikan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.544477 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list