CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1900|Reply: 1

[Pulau Pinang] Pemandu diserang sawan, kereta terbabas masuk kawasan kubur

[Copy link]
Post time 18-6-2024 05:22 PM | Show all posts |Read mode
Pemandu diserang sawan, kereta terbabas masuk kawasan kubur

18 Jun 2024 04:07pm








Gambar hiasan




KEPALA BATAS - Seorang lelaki diserang sawan menyebabkan kenderaan dipandunya terbabas ke kawasan perkuburan di Jalan Kedah di sini pada Isnin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Superintenden Zulkeflee Sulaiman berkata, bagaimanapun, pemandu berusia 37 tahun itu terselamat dan hanya mengalami kesakitan pada bahagian rusuk.



Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku pada 2.45 petang ketika lelaki itu yang bekerja sebagai pembantu am, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Permatang Tinggi A di sini selepas selesai beraya di Permatang Haji Hassan.

"Apabila tiba di lampu isyarat Jalan Kedah, pemandu kereta telah diserang sawan lalu kenderaannya terbabas melanggar tembok kubur dan memasuki kawasan tanah perkuburan.

"Mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi di sini, dan menambah kes diklasifikasikan di bawah Rule 10 LN 166/59.

Terdahulu, rakaman video berdurasi satu minit enam saat memaparkan sebuah kereta terbabas dalam kawasan tanah perkuburan tular melalui media sosial. - Bernama



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-6-2024 05:33 PM | Show all posts

Tangkap layar sebuah kereta terbabas dalam kawasan perkuburan sehingga menyebabkan beberapa batu nisan rosak. - Foto tular
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.149988 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list