CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1859|Reply: 0

[Kedah] Lambaian sayonara buat 'Samad'

[Copy link]
Post time 18-6-2024 03:13 PM | Show all posts |Read mode
Lambaian sayonara buat 'Samad'


Redzuan Muharam[email protected]




GAMBAR kenangan Mohamad Asri Adnan dan lembu peliharaannya, Samad. FOTO Ihsan Mohd Afif Wahdi





Pendang: Berat untuk Mohamad Asri Adnan melepaskan 'Samad', lembu jantan peliharaannya, namun keadaan memaksa apabila tahap kesihatannya tidak mengizinkan.

Ia selepas Mohamad Asri, 55, disahkan menghidap barah limfoma tahap dua, Ramadan lalu.

Justeru, Mohamad Asri menjual Samad kepada seorang individu dengan harga RM6,900 untuk dikorbankan sempena Aidiladha, semalam.

Detik terakhir Mohamad Asri memberi lambaian selamat jalan kepada Samad dapat dilihat menerusi video dimuat naik anak saudaranya, Mohd Afif Wahdi, 35, di TikTok.

Menerusi video dikongsikan, kelihatan Mohamad Asri gagal menahan sebak sewaktu merenung Samad buat kali terakhir dan pandangan lembu itu juga seakan mengerti mereka akan berpisah.

Menceritakan kisah itu, Mohamad Asri berkata, Samad dipelihara sejak lebih setahun lalu selepas dibeli dengan seorang rakan.

Katanya, Samad terlalu istimewa buatnya, malah sangat manja berbanding dua lagi lembu peliharaannya yang sudah dijual sebelum ini.

"Boleh dikatakan setiap hari saya habiskan masa dengan Samad bermula dengan beri makan rumput pada pagi kemudian bawanya berjalan.

"Ikut hati memang tak nak jual tapi sejak sakit, pergerakan saya terbatas dan perlu juga duit untuk kos rawatan, maka saya terpaksa lepaskannya kepada seorang pembeli, kelmarin (Ahad).

"Perasaan hiba dan sedih bercampur baur untuk lepaskan Samad hingga air mata saya mengalir dengan sendiri waktu lihat Samad naik atas lori sebelum dibawa pergi.

"Saya pun nampak Samad mengalirkan air mata seolah turut bersedih, namun suka atau tidak, saya kena terima hakikat. Malah saya boleh katakan ia antara pengorbanan paling besar yang pernah saya lakukan dalam hidup," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Bapa tiga anak itu berkata, perasaan sedih datang semula semalam kerana mengenangkan Samad yang dikorbankan.

"Saya tak pergi tengok cuma teringat macam mana Samad dan lembu lain dikorbankan. Tapi sudah takdir, setiap yang bernyawa pasti akan pergi, jadi saya cuba berlapang dada.

"Kalau diizinkan sihat semula, saya nak pelihara lembu semula kerana memang sayangkan haiwan itu," katanya yang terkejut apabila video dimuat naik anak saudaranya meraih tontonan tinggi di TikTok.



Disiarkan pada: Jun 18, 2024 @ 3:02pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.267319 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list