CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2209|Reply: 0

[Pulau Pinang] Penganggur tak mengaku tikam bapa dengan gunting

[Copy link]
Post time 14-6-2024 03:49 PM | Show all posts |Read mode
Penganggur tak mengaku tikam bapa dengan gunting


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



Penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap bapanya dengan menggunakan gunting. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI





Georgetown: Penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap bapanya dengan menggunakan gunting, pada 11 Jun lalu.

Ong Li Jie, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan kepada Ong Leng Seong, 52, dengan menggunakan gunting dalam kejadian di alamat 53-11-08 Desa Aman Persiaran Paya Terubong 1, Bayan Lepas jam 1 pagi, 11 Jun lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana daripada dua hukuman terbabit jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya M Darrshini manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tidak boleh mendekati saksi dan mangsa sehingga tamat perbicaraan.

Mahkamah turut menetapkan 17 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula bagi penyerahan dokumen berkaitan kes itu.



Disiarkan pada: Jun 14, 2024 @ 2:55pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.073517 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list