CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4569|Reply: 0

[Johor] Pembantu kedai mengaku rogol remaja hingga lahir anak

[Copy link]
Post time 11-6-2024 04:27 PM | Show all posts |Read mode

MUHAMMAD Naqiuddun dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Muar selepas mengaku bersalah merogol remaja hingga melahirkan anak. FOTO: Alias Abd Rani

Muar: "Saya mengaku salah, saya minta maaf," demikian kata pembantu kedai makan yang mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini terhadap pertuduhan merogol remaja perempuan hingga melahirkan anak, tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Naqiuddun Md Nazri, 19, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol remaja perempuan berusia 16 tahun (ketika itu) di sebuah hotel di Batu Pahat, pada petang pertengahan Mac hingga April tahun lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan juga sebatan.


Berdasarkan laporan polis dibuat, tertuduh mengenali mangsa di tapak pesta pada tahun lalu, sebelum mereka keluar bersama-sama.

Ketika itu, mangsa bekerja sebagai penjual air dan perkenalan berkenaan membawa kepada perbuatan terlarang di hotel terbabit.

Selang beberapa bulan kemudian, mangsa disahkan hamil namun tertuduh melarikan diri kerana enggan bertanggungjawab.

Mangsa kemudian dihantar ke hospital oleh rakan dan melahirkan bayi lelaki pada 31 Disember tahun lalu, namun bayi terbabit meninggal dunia disebabkan tidak cukup bulan.

Susulan kejadian itu, pihak hospital membuat laporan polis dan tertuduh berjaya ditahan pada 3 Januari lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 17 Julai ini untuk sebutan semula, laporan sosial serta fakta dan juga hukuman.

Pada masa sama, mahkamah memutuskan tiada ikat jamin diberikan terhadap tertuduh.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-hingga-lahir-anak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 48982 Replies : 26
Saya dengan ini isytiharkan undang-undang tentera darurat," kata Encik Yoon dalam ucapan langsung di tv,Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera darurat
YgBenarSaya dengan ini isytiharkan undang-undan
Views : 4077 Replies : 3
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 257005 Replies : 7116
Jarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran akaun 3 KWSP cecah RM10.78 bilion
YgBenarJarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran
Views : 50388 Replies : 28
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 1986 Replies : 11
Isu keganasan Rumah Tangga zahnita
PenjaraPetaiIsu keganasan Rumah Tangga zahnita
Views : 11042 Replies : 276
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 92566 Replies : 933
Tragedi Disember, malu apa masuk la sini jap!
maklukpenggodaTragedi Disember, malu apa masuk la sini
Views : 47102 Replies : 21
Tular dakwaan orang ramai barangan sumbangan Khairul Aming telah diasingkan dan mangsa banjir dipercayai hanya menerima sebungkus biskut serta mi segera sahaja.
YgBenarTular dakwaan orang ramai barangan sumba
Views : 4892 Replies : 1
Banjir reda, 8 kematian dicatatkan
maklukpenggodaBanjir reda, 8 kematian dicatatkan
Views : 18896 Replies : 113

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.034526 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list