View: 9914|Reply: 0
|
Pacquiao pertimbang kembali bertarung
[Copy link]
|
|
MANNY juara lapan kali kategori welterweight. -FOTO AFP
Las Vegas: Manny Pacquiao yang tidak beraksi dalam tinju sejak tahun 2021, menimbang kemungkinan untuk kembali dalam bertarung di WBC welterweight menentang Mario Barrios maklum wakilnya Sean Gibbons.
Wakilnya melaporkan perkembangan berkenaan dengan menyatakan bahawa pertarungan itu mungkin akan berlangsung di Las Vegas.
Pacquiao, 45, adalah juara lapan kali divisyen itu, satu-satunya pertinju terbanyak menang dalam sukan itu.
Bekas senator di Filipina yang kali terakhir bertanding pada Ogos 2021 tewas kepada Yordenis Ugas.
Kemenangan gelaran terakhirnya ialah ketika menentang Keith Thurman pada 2019.
Tetapi Pacquiao yang mencipta (62-8-2, 39 KO) ingin terus mencipta sejarah.
Barrios (29-2, 18 KO) menewaskan Ugas September lalu untuk merangkul gelaran sementara welterweight WBC. Dia dijangka akan diangkat menjadi juara sebelum pertarungan yang dicadangkan itu berlangsung.
"Saya sangat teruja dengan kemungkinan bahawa pertarungan mungkin akan diadakan," kata Barrios.
Pacquiao adalah seorang anggota Hall of Fame di masa depan, seorang legenda, dan seseorang yang saya kagumi semasa saya membesar.
"Berkongsi gelanggang dengan beliau akan menjadi satu penghormatan dan impian yang menjadi kenyataan."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... g-kembali-bertarung |
|
|
|
|
|
|
| |
|