View: 10330|Reply: 2
|
Jojo mohon maaf kecewakan penyokong
[Copy link]
|
|
REAKSI kecewa Johan (kiri) selepas tamat perlawanan. FOTO AGENSI
Kuala Lumpur: Jaguh Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar memohon maaf kerana gagal mencatat kemenangan ketika menentang petarung dari Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat dalam perlawanan ONE Championship 167 di Impact Arena, Bangkok sebentar tadi.
Menerusi perkongsian di media sosial, Johan atau lebih dikenali sebagai 'Jojo' memuatnaik status meminta maaf kerana mengecewakan rakyat Malaysia selepas tumpas dengan keputusan juri.
"Minta maaf kerana mengecewakan," katanya di Insta Story Instagram sambil disertai dengan emoji sedih, mohon maaf dan bendera Jalur Gemilang.
Johan yang berusia 18 tahun meratapi kekalahan pertamanya dalam kejohanan itu selepas enam pertarungan sejak Februari tahun lalu.
Dalam pertarungan berkenaan yang diadili oleh pengadil, Olivier Coste, Johan diasak sejak pusingan pertama lagi sebelum dia cuba bangkit di hujung pertarungan berkenaan.
Duy Nhat yang juga juara WMF Muay Thai sebanyak lima kali turut melakukan sepakan padu pada pusingan kedua untuk membolehkan dia meyakinkan keputusan juri.
Walaupun cuba mengasak dan ada ketika bermain serangan psikologi di pusingan ketiga, Johan yang dibimbing jurulatih dari Thailand, Addy Sipangyak juga dipaksa bertahan dengan asakan saat akhir Duy Nhat.
Ini pertarungan pertama Johan sejak kali terakhir pada 8 Disember tahun lalu yang menyaksikan dia menumbangkan juara WBC dari Mexico, Edgar Tabares menerusi kemenangan 'knockout' (KO) dalam tempoh 36 saat di Bangkok.
Kekalahan berkenaan bermakna Johan yang mewakili Rentap Muay Thai Gym terlepas peluang meraih bonus prestasi sebanyak AS$50,000 (RM235,332.68).
Pada Oktober tahun lalu, Johan mencipta sejarah apabila menjadi atlet tempur termuda memperoleh kontrak bernilai AS$100,000 (RM463,300) dengan ONE Championship.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... kecewakan-penyokong |
|
|
|
|
|
|
|
Walau apapun, tahniah diucapkan |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah jojo! wpun tewas tapi awak cukup berani |
|
|
|
|
|
|
| |
|