|
Pergerakan mencurigakan sebuah lori pada waktu tengah malam berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Seremban- Kuala Pilah, dekat Nusa Intan, di sini, membongkar rahsia kegiatan penyelewengan diesel. - Foto Ihsan KPDN
SEREMBAN: Pergerakan mencurigakan sebuah lori pada tengah malam berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Seremban-Kuala Pilah, dekat Nusa Intan, di sini, membongkar rahsia kegiatan penyelewengan diesel.
Hasil pemeriksaan kira-kira jam 12.15 tengah malam tadi mendapati lori berkenaan memuatkan enam tong berisi diesel dipercayai diubahsuai.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan, berkata, pasukan penguat kuasa melalui Ops Tiris merampas 300 liter diesel disyaki bersubsidi dianggarkan bernilai RM645 di lokasi.
"Serbuan membabitkan lima anggota dibuat hasil risikan ini berjaya mengesan pergerakan mencurigakan sebuah motolori jenama Mitsubishi sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak.
"Anggota menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 41 tahun kerana disyaki berurusan barang kawalan berjadual tanpa lesen atau permit yang sah," katanya, hari ini.
Beliau berkata, turut disita dalam serbuan itu adalah sebuah lori, enam tangki IBC berkapasiti 1,000 liter, dua unit motor pam dan satu hos getah yang menjadikan keseluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM12,045.00.
"Satu kertas siasatan dibuka dan siasatan lanjut ke atas kes ini sedang dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi mengenal pasti individu atau syarikat yang terbabit dalam aktiviti ini serta rantaian pengedaran diesel ini," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... -malam-elak-dicekup |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|