View: 2830|Reply: 1
|
[Selangor]
Tak nak tambah anak sebab mahu didik jadi berkualiti
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan.
PETALING JAYA – Rata-rata pasangan berkahwin berpendapat, mereka menghadkan jumlah cahaya mata kerana mahu memastikan didikan serta keperluan anak-anak yang sedia ada terbela serta berkualiti.
Hari ini, Kosmo! melaporkan Malaysia dijangka berdepan krisis kadar kelahiran lebih rendah dalam tempoh lima tahun akan datang sekiranya tiada usaha berterusan oleh pihak kerajaan serta swasta yang terlibat bagi mengatasinya.
Menurut Pakar Motivasi dan Kaunseling Rumah Tangga, Hushim Salleh, pelbagai faktor mempengaruhi penurunan kadar kelahiran itu, antaranya tahap kesuburan rendah, perkahwinan pada usia lewat, fenomena childfree (perkahwinan tanpa anak), kos sara hidup tinggi dan amalan perancangan keluarga.
Katanya, tahun ini sahaja negara mungkin mengalami penurunan kadar kelahiran terendah dari tahun-tahun sebelumnya dengan jangkaan melebihi 10 peratus.
Dalam pada itu, semakan Kosmo! Di ruangan komen artikel terbabit, lebih separuh daripada 356 komen yang diberikan pembaca, golongan ibu bapa ini lebih memilih kualiti berbanding kuantiti jika dikaitkan dengan isu jumlah anak.
Menurut pengguna @aziahramli, dia berkata mahu memberi fokus membesarkan dua anaknya sehingga kedua-dua mereka berjaya mendapat pekerjaan.
“Anak saya ada dua orang dan saya rasa cukup, dah berpengalaman bila lahir anak kedua, anak sulung baru dua tahun. Jadinya tumpuan dah kurang untuk pembesarannya. Sekarang ini masing-masing dah campai usia 12 dan 10 tahun.
“Saya dan suami nekad untuk tidak tambah lagi, kerana lebih penting kualiti besarkan anak berbanding kuantiti anak yang ada,” katanya.
Pengguna lain, Hasnida Hamid berkata, ramai anak-anak pada zaman ini berdepan dengan tekanan apabila masa mereka bersama ibu bapa sangat terhad.
“Bukan libatkan anak remaja sahaja, seawal tiga tahun pun dah pandai tunjuk stres kalau ibu bapa kurang bagi perhatian pada mereka. Bukan sengaja tak nak tambah anak, tapi yang ada ini perlu komitmen sepenuhnya untuk pasti mereka membesar dengan baik,” katanya.
Sementara itu, pengguna Instagram, Shahmin mengakui dia dan suami pada awalnya merancang untuk memiliki sehingga tujuh orang anak, namun melihat kepada komitmen semasa, wanita tersebut merasai sudah memadai dengan kehadiran dua cahaya mata.
Katanya antara cabaran utama yang menyebabkan pasangan suami isteri perlu merancang soal anak adalah peningkatan kos sara hidup dan tekanan persekitaran termasuk kawalan emosi.
“Emosi anak-anak kena jaga, bukan tahu tambah anak setiap tahun sahaja. Ekonomi sekarang pun ‘keras’. Bukan nak beli barang sahaja berkira, nak ada anak pun kena kira-kira,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... ik-jadi-berkualiti/ |
|
|
|
|
|
|
|
Ada satu ketenangan yang datang dengan usia—pemahaman yang tenang bahawa kadang-kadang, tempat terbaik untuk berada adalah di rumah.
Kita tak lagi merasa perlu mengejar setiap pesta atau menyertai setiap acara. Sebaliknya, kita lebih menghargai keselesaan dalam dinding yang sudah biasa, kehangatan ruang sendiri, dan ketenangan yang hanya rumah boleh berikan.
Di sinilah tempat kita boleh berehat tanpa penilaian, di mana pakaian santai menjadi “dress code,” dan orang-orang yang kita sayang hanya berada di sebelah bilik.
Tinggal di rumah bukan lagi tentang “terlepas peluang.” Ia tentang mencari kegembiraan dalam kesederhanaan, ketenangan dalam kesendirian, dan kekuatan dalam kedamaian.
Jadi, mari kita hargai malam yang nyaman, saat-saat yang tenang, dan kegembiraan hanya berada di rumah. Kerana kadang-kadang, kenangan terbaik dicipta di sini juga ❤️ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|